Use your ← → (arrow) keys to browse
Jada Pinkett Smith & Will Smith
Menerusi rancangan Red Table Talk, Jada mendedahkan dia menjalin hubungan dengan penyanyi R&B, August Alsina ketika berpisah dengan suaminya, Will. Namun alasan ini tidak cukup kuat untuk meruntuhkan rumah tangga mereka. Will yang pernah bercerai dengan Sheree Zampino pada 1995 mengakui dia tidak mahu lagi berdepan dengan perceraian.
Jada turut mengesahkan bahawa dia dan suami tidak berada dalam open marriage seperti yang didakwa, tetapi dalam perkahwinan yang matang dan mempercayai satu sama lain. Mereka mengakui saling memperbaiki diri ketika berpisah untuk menjadi pasangan yang lebih baik. Sama seperti Kristen dan Dax, mereka juga turut menjalani terapi perkahwinan.