Use your ← → (arrow) keys to browse
Victoria Beckham & David Beckham
Pasangan sama cantik sama padan ini bergelar suami isteri pada 1999. Sepanjang 20 tahun perkahwinan, pelbagai khabar angin mengenai kecuragan David tersebar antaranya hubungan sulit dengan pembantunya dan guru anak perempuannya. Namun Victoria tidak pernah tampil menafikan atau mengesahkan tuduhan tersebut.
Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa suaminya sangat mementingkan keluarga dan kenyataan palsu media hanya menyebabkan kekecewaan. Menurut Entertainment Tonight Canada, pasangan itu membuat kenyataan menafikan perceraian dan mendedahkan mereka bersama bukan kerana jenama, tetapi kerana mencintai satu sama lain dan berkongsi empat cahaya mata.