Use your ← → (arrow) keys to browse
Ratu Victoria
Dalam satu lagi perjalanan menaiki kereta kuda yang hampir berakhir dengan tragedi, Ratu Victoria berdepan ancaman terbesar dalam hidupnya sewaktu hamil empat bulan.
Pada Jun 1840, Ratu dan suaminya, Putera Albert melewati seorang lelaki bernama Edward Oxford yang berada di kalangan penonton di Constitution Hill di London. Dengan dua pucuk pistol dalam genggaman, Edward melepaskan dua das tembakan ke arah kerabat tersebut.
Sebaik sahaja ditangkap oleh orang ramai, dia mengakui melakukan jenayah itu dengan berkata, “Saya, saya yang melakukannya.” Bagaimanapun dia tidak dibicarakan di mahkamah kerana disahkan menghidap penyakit mental. Edward merupakan salah seorang daripada tujuh individu yang pernah cuba untuk membunuh Ratu Victoria.