Use your ← → (arrow) keys to browse
Raja Edward VIII
Walaupun hanya sempat memerintah selama 325 hari sebelum turun takhta demi memperisterikan Wallis Simpson, terdapat satu percubaan untuk membunuh baginda.
Sewaktu menaiki kereta kuda di Hyde Park London, seorang penyerang bernama George McMahon muncul di laluan perarakan Diraja dan menjatuhkan senjatanya tanpa sengaja, membuatkan niatnya disedari orang ramai.
Bagaimanapun ketika bergelut, dia sempat mencapai pistolnya dan menembak ke arah Raja Edward VIII namun tersasar. Siasatan mendapati dia diupah oleh Jerome Bannigan, individu yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Nazi.