Use your ← → (arrow) keys to browse
3. Langkawi Yacht Club Hotel
Terletak di sepanjang marina Kelab Kapal Pesiar Diraja Langkawi Malaysia, Langkawi Yacht Club Hotel adalah hotel yang dihias mewah bersama bilik-bilik yang berdepan dengan dok yang menawan. Berendam di dalam kolam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau bersantai di dok sambil anda melihat kapal-kapal pesiar mewah belayar di atas laut biru. Terletak cuma 5 minit dari pusat bandar Kuah, anda juga boleh membeli-belah di kedai bebas cukai sepuas hati!