#2 Mission: Impossible – The Final Reckoning (Amerika Syarikat)
Francais Mission: Impossible kembali dengan babak terakhirnya yang penuh dengan aksi mendebarkan dan misi yang lebih berisiko berbanding sebelumnya. Tom Cruise sekali lagi membawa watak Ethan Hunt, ejen perisik yang berani. Kali ini, dia mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh yang semakin berbahaya.
Filem kelapan dalam francais ini diarahkan oleh Christopher McQuarrie. Ia dijangka menjadi penutup epik dengan gabungan teknologi canggih, aksi berani mati, dan jalan cerita mendalam. Dengan penggambaran di pelbagai lokasi eksotik serta babak aksi yang dilakukan tanpa bantuan kesan khas berkomputer, Mission: Impossible – The Final Reckoning bakal menjadi sebuah pengalaman sinematik yang sukar dilupakan.