5 Filem Lakonan Pelakon Muda Dalam Kenangan, Kim Saeron
5 Filem Lakonan Pelakon Muda Dalam Kenangan, Kim Saeron

5 Filem Lakonan Pelakon Muda Dalam Kenangan, Kim Saeron

Kim Sae-ron ialah seorang pelakon muda Korea Selatan yang memulakan kerjaya lakonannya pada usia sembilan tahun.

Kim Sae-ron mula dikenali melalui filem A Brand New Life dan The Man from Nowhere, yang mana beliau menerima anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Filem Korea ke-8. Sepanjang kerjayanya, Kim telah membintangi pelbagai filem dan drama, termasuk A Girl at My Door dan siri televisyen Hi! School: Love On. Beliau merupakan seorang pelakon yang versatil dan penuh dengan bakatnya tersendiri, dengan wajah polosnya.

Malangnya, pada 16 Februari 2025, Kim Sae-ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada usia 24 tahun. Pihak polis mengesahkan kematiannya sebagai bunuh diri dan tidak menemui sebarang tanda perbuatan jenayah. Kematian beliau telah mencetuskan perbincangan mengenai tekanan yang dihadapi oleh selebriti di Korea Selatan dan budaya komen dalam talian yang toksik. Semoga Kim Sae-ron diingati dengan memori indah dan bakat besarnya melalui karya-karya yang dilakonkan olehnya. Sumbangannya dalam dunia seni amat dihargai. Sebagai penghormatan buat Kim Sae-ron, GLAM akan senaraikan lima filem lakonan hebatnya yang kini menjadi kenangan.

See also
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak

#1 A Brand New Life

A Brand New Life merupakan filem yang ditulis berdasarkan pengalaman pengarah dan penulis Ounie Lecomte sendiri.  Berlatarbelakangkan Seoul pada tahun 1975, filem ini mengisahkan seorang gadis yang ditinggalkan di sebuah rumah anak yatim Katolik oleh bapanya. Dia kemudian perlu berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. A Brand New Life ditayangkan di Korea Selatan pada 29 Oktober 2009 dan merupakan filem debut Kim Sae-ron ketika berumur 9 tahun. Dia juga meraih anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik di Buil Film Awards 2010.

#2 The Man From Nowhere

Selepas A Brand New Life, Kim Sae-ron membawa namanya dengan lebih besar ketika membintangi filem The Man From Nowhere. The Man from Nowhere ialah sebuah filem aksi-thriller neo-noir Korea Selatan tahun 2010 yang dibintangi oleh Won Bin serta ditulis dan diarahkan oleh Lee Jeong-beom. Dalam filem ini, seorang lelaki misteri mengamuk dengan kejam apabila satu-satunya orang yang memahami dirinya diculik. Filem ini merupakan filem Korea Selatan dengan kutipan tertinggi pada tahun 2010. Kim Sae-ron mendapat pencalonan Pelakon Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-47. Filem ini juga merupakan filem terakhir Won-bin sebelum bersara dari dunia seni.

See also
Perjalanan Lebih Bermakna Bersama The Funseekers Collection

#3 The Neighbor

Dalam filem ini, para penghuni sebuah apartmen mencurigai salah seorang jiran mereka mungkin seorang pembunuh bersiri. Mereka mengagak bahawa jiran tersebut bertanggungjawab atas pembunuhan anak perempuan sebuah keluarga yang menetap di situ, Won Yeo-seon yang dilakonkan oleh Kim Sae-ron. Ketika ibu tiri mangsa menyiasat, pembunuh itu mula menyasar seorang gadis muda yang lain.

kim sae-ron

#4 Manhole

Pembunuh bersiri, Soo-chul telah mengganas di sebuah kawasan kejiranan di Seoul. Dalam tempoh enam bulan, 10 orang telah hilang tanpa jejak. Dia menggunakan lubang pembetung untuk memerangkap mangsanya. Mangsa terbarunya ialah Soo-jung yang dilakonkan oleh Kim Sae-ron, seorang gadis berusia 14 tahun. Dia dan kakaknya, Yeon-seo berusaha sedaya upaya untuk menemukannya sebelum terlambat.

kim sae-ron

#5 The Villagers

The Villagers ialah sebuah filem aksi thriller Korea Selatan tahun 2018 yang diarahkan oleh Lim Jin-sun. Filem ini dibintangi oleh Ma Dong-seok dan Kim Sae-ron. Gi-cheol, seorang bekas juara tinju, dilantik sebagai guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah menengah perempuan di sebuah kampung kecil. Seorang pelajar bernama Han Soo-yeon baru sahaja dilaporkan hilang. Kehilangannya masih menjadi misteri. Tetapi Gi-cheol berasa sesuatu yang aneh tentang kampung itu setelah tiba, kerana semua penduduknya kelihatan tegang dan sangat gelisah.

See also
Segarkan Ruang Dalaman Anda Dengan Sentuhan Yang Dikemas kini

kim sae-ron

Artikel Berkaitan: 5 Personaliti Dalam Industri Perniagaan F&B