Use your ← → (arrow) keys to browse
2- Marble Caves, Chile
Jika anda merancang untuk ke Selatan Chile, pastikan Marble Caves menjadi salah satu destinasi wajib kunjung anda. Anda pasti terpegun apabila melihat gua yang cukup indah ini. Juga dikenali sebagai Capillas de Mármol, ia terletak di tengah-tengah pantai General Carrera. Gua ini Sudah dibentuk semenjak 6,000 tahun yang lalu. Jika dilihat warna biru yang licin dan berpusar pada dinding gua ini adalah disebabkan oleh ombak yang menyentuh dinding gua yang memiliki kalsium karbonat lautan ini. Manakala jika dilihat warna biru menyinari dinding adalah merupakan pantulan air tasik biru. Untuk ke sini, anda hanya boleh menaiki kayak atau feri dari Chile Chico.