5 Destinasi Beach Escape Paling Elegan Di Malaysia - Glam Malaysia

5 Destinasi Beach Escape Paling Elegan Di Malaysia

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dari Langkawi ke Pulau Gaya, GLAM membariskan 5 destinasi penginapan pantai terbaik untuk melengkapi percutian beach escape anda dalam suasana yang penuh elegan dan eksklusif.

Dengan kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan baharu-baharu ini, sudah pasti ramai yang sudah mula merancang percutian yang diimpikan sejak awal tahun lagi. Buat yang berada di ibu kota, destinasi penginapan yang berada di kepualauan dan mempunyai pantai indah pasti menjadi pilihan. Dari Langkawi ke Pulau Gaya, GLAM membariskan 5 destinasi penginapan pantai terbaik untuk melengkapi percutian beach escape anda dalam suasana yang penuh elegan dan eksklusif.

The Datai Langkawi, Kedah

Kesenian warisan tempatan menyuntik keunikan penuh magis pada seni reka penginapan dalam membiaskan hutan tropika yang sudah berusia lebih 10 juta tahun. The Datai Langkawi yang mempunyai 121 buah penginapan ini menjanjikan ketenangan sarat kemewahan buat pengunjung, sambil menikmati keindahan pemandangan Laut Andaman dan Pulau Tarutao.

Foto: ©Eric Martin

See also
Barisan Selebriti & Kerabat Diraja Britain Yang Bergelar Rakan Baik

Baca lebih lanjut: Ilustrasi Fesyen Cruella Dalam Inspirasi Kebudayaan Malaysia