Use your ← → (arrow) keys to browse
Putera Harry menulis bahawa ibunya, Puteri Diana menghadiahkan konsol permainan Xbox sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-13. Ia diserahkan oleh ibu saudaranya, Lady Sarah McCorquodale selepas ibunya meninggal dunia secara tragis dalam satu kemalangan ngeri.
Namun kenyataannya Xbox hanya wujud pada tahun 2001 dan tidak dijual di England sehingga setahun kemudian. Beberapa pembaca bagaimanapun membela Duke of Sussex dan mendakwa kemungkinan besar ia hanyalah kesilapan dalam proses penulisan, bukan kesilapan fakta.
“Saya rasa Harry maksudkan PlayStation yang dikeluarkan pada 1995, atau konsol sebelum Xbox,” tulis seorang pengguna Twitter manakala seorang lagi menambah, “Memang mudah untuk keliru dengan nama-nama konsol permainan. Lagipun dia hanya berusia 13 tahun ketika itu dan ia berlaku lebih 20 tahun lalu selepas trauma terbesar dalam hidupnya.”
Ada juga yang meletakkan kesalahan di bahu ghostwriter dan wartawan yang pernah memenangi Pulitzer Prize, JR Moehringer dan beranggapan dia perlu bertanggungjawab atas segala kesilapan yang dilakukannya dalam memoir Spare.