Use your ← → (arrow) keys to browse
1. Ramuan Ajaib
Sewaktu menyertai Wimbledon tahun ini, Novak dirakam menyedut sesuatu dari botol dipercayai bukan air sewaktu kemenangan suku akhir ke atas Jannik Sinner.
Apabila ditanya mengenai kandungan botol, juara Grand Slam 21 kali itu enggan mengulas lanjut dan hanya menyifatkannya sebagai ‘ramuan ajaib’.
“Anda akan mengetahuinya tidak lama lagi, tapi bukan dalam masa terdekat. Ia akan dipasarkan sebagai makanan tambahan sebaris dengan minuman dan beberapa produk lain, minuman tenaga.
“Anda akan mencubanya, kemudian beritahu saya apakah perubahan yang dirasai. Anda mungkin akan memenangi Wimbledon,” selorohnya kepada seorang wartawan.