4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

Enam bulan selepas siri Squid Game mencipta fenomena, nama Lee Jung Jae kembali hangat selepas menggondol anugerah di SAG Awards ke-28 tahun lalu.

Bakat Lee Jung Jae atau nama sebenarnya Seong Gi Hun pada awalnya dicungkil oleh pereka fesyen terkenal, Ha Yong Soo. Ketika itu dia bekerja di sebuah kafe di Apgujeong, sebelum ditawarkan pekerjaan sebagai model fesyen. Dia membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam drama Dinosour Teacher pada 1993. Namanya menjadi terkenal setahun kemudian menerusi siri berjudul Feelings.

Foto: Harper's Bazaar

Bagaimanapun satu peranan kecil namun penting dalam drama Sandglass pada 1995 memahat namanya di hati peminat. Disebabkan itu, pihak produksi membuat keputusan meningkatkan masa tayangannya dari semasa ke semasa. Kini selepas hampir tiga dekad penglibatan dalam industri seni, dia telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam mahupun di luar negara.

Glam senaraikan empat drama lakonan Lee Jung Jae yang anda perlu tonton selain Squid Game.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Sandglass

Merupakan salah sebuah drama yang mencatat penilaian tertinggi dalam sejarah televisyen Korea, ia menceritakan perhubungan tragis antara tiga sahabat yang disebabkan oleh penindasan politik dan awam di Korea Selatan pada tahun 80-an dan 90-an. Dalam siri yang menggabungkan melodrama, politik dan aksi ini Lee Jung Jae memegang peranan sebagai Baek Jae Hee, seorang pengawal peribadi yang taat namun pendiam. Dia meraih pujian hebat daripada penonton atas mutu lakonan yang dipersembahkan.

 

Foto: Getty Images

Baca: Lee Jung Jae Bakal Sertai Francais Filem Tersohor Hollywood?