4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game - Glam Malaysia
4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

Enam bulan selepas siri Squid Game mencipta fenomena, nama Lee Jung Jae kembali hangat selepas menggondol anugerah di SAG Awards ke-28 tahun lalu.

Bakat Lee Jung Jae atau nama sebenarnya Seong Gi Hun pada awalnya dicungkil oleh pereka fesyen terkenal, Ha Yong Soo. Ketika itu dia bekerja di sebuah kafe di Apgujeong, sebelum ditawarkan pekerjaan sebagai model fesyen. Dia membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam drama Dinosour Teacher pada 1993. Namanya menjadi terkenal setahun kemudian menerusi siri berjudul Feelings.

Foto: Harper’s Bazaar

Bagaimanapun satu peranan kecil namun penting dalam drama Sandglass pada 1995 memahat namanya di hati peminat. Disebabkan itu, pihak produksi membuat keputusan meningkatkan masa tayangannya dari semasa ke semasa. Kini selepas hampir tiga dekad penglibatan dalam industri seni, dia telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam mahupun di luar negara.

Glam senaraikan empat drama lakonan Lee Jung Jae yang anda perlu tonton selain Squid Game.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
See also
Tahniah, Jisoo BLACKPINK & Pelakon Ahn Bo Hyun Sah Bercinta

1. Chief Of Staff

Siri yang berkisar tentang dunia politik ini padat dengan drama dan aksi mendebarkan, membuatkan penonton terus ‘melekat’ di kaca televisyen. Ia berkisar tentang barisan ahli politik dan pembantu mereka yang cuba mendaki puncak kerjaya dengan penuh helah. Aktor itu memberi mutu lakonan hebat sebagai Jang Tae Jun, bekas detektif berhati batu yang kemudian bergelar pembantu ahli politik. Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi keputusan penggubal undang-undang sambil mengejar cita-citanya.

Lee Jung Jae