3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh

3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

ELVIS PRESLEY ANTARA YANG TERAWAL MENGAMALKAN DIET SLEEPING BEAUTY

Raja Rock ‘n’ Roll ini terkenal dengan tabiat makan yang aneh. Pada tahun-tahun akhir kehidupannya ketika dia bergelut dengan masalah kesihatan berkaitan obesiti, doktor mengesyorkannya agar tidur lebih lama sebagai cara menurunkan berat badan. Doktor yang tidak dikenali ini juga dikhabarkan turut menggunakan kaedah koma menerusi perubatan untuk membantu Elvis kembali langsing.

Diet Sleeping Beauty dilihat mengalami kebangkitan semula beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahap selamat, ia adalah versi lain kepada diet Intermittent Fasting (IF). Namun pada tahap berbahaya terutama apabila ubatan seperti Valium dan Xanax digunakan untuk terus tidur bagi mengelakkan makan, ia boleh menyebabkan gangguan makan yang serius kepada pengamalnya.

diet

Foto: Instagram

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Alasan Nina Dobrev Singkir 3 Jenis Makanan Daripada Diet Harian