15 Momen Terpenting Dalam Kehidupan Permaisuri Rania - Page 15 of 15 - Glam Malaysia
15 Momen Terpenting Dalam Kehidupan Permaisuri Rania

15 Momen Terpenting Dalam Kehidupan Permaisuri Rania

Permaisuri Rania mencuri perhatian dunia baru-baru ini selepas putera sulungnya, Putera Mahkota Hussein melangsungkan perkahwinan dengan warga Arab Saudi, Rajwa Al Saif.

Sejak bergelar Permaisuri Jordan, ibu kepada empat cahaya mata ini dipuja dan disanjung tinggi kerana menjadi ‘suara wanita’ yang progresif dalam dunia Arab. Permaisuri Rania adalah penyokong kuat dalam bidang pendidikan, kesihatan dan hak wanita. Status Diraja, kerja-kerja kemanusiaan dan gayanya yang sempurna menjadikan dirinya sebagai ikon antarabangsa. Bagaimanapun isteri kepada Raja Abdullah II ini tetap merendah diri dan tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Glam kongsikan saat-saat penting Permaisuri Rania yang jarang dilihat, sejak dilahirkan sehingga kini.

15 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lebih dua bulan kemudian, pewaris takhta Jordan, Putera Hussein diijabkabulkan dengan Rajwa Al Saif. Majlis akad nikah berlangsung di Istana Zahran, lokasi sama di mana Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania disatukan pada 1993.

Permaisuri Rania

Foto: Royal Hashemite Court

 

Baca: Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular