Use your ← → (arrow) keys to browse
Nina Sabrina & Hafiz Osman
Pasangan ini memasuki alam baharu perkahwinan sebagai pasangan suami isteri. Ikatan cinta yang terjalin ini telah dimemorikan dalam koleksi foto yang istimewa.Majlis penuh istimewa yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur dengan meriah telah disambut oleh ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan karib kedua belah pihak. Dengan sekali lafaz, Hafiz Osman sah bergelar suami, menandakan permulaan ikatan percintaan mereka. Momen yang tidak dapat dilupakan buat pasangan romantis Nina Ismail Sabri bersama Hafiz Osman menjadi saat bermakna buat mereka yang hadir. Pasangan dua sejoli ini disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung dengan intim di samping ahli keluarga dan sahabat terdekat.