Use your ← → (arrow) keys to browse
Redza Rosli & Bella Hanna
Pelakon Ahmad Redza Rosli dan Bella Hanna akhirnya mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024, selepas hubungan cinta mereka mendapat perhatian ramai. Dengan sekali lafaz, ikatan tersebut sah pada jam 4.05 petang di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur, pada Jumaat. Kedua-dua pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah dengan disaksikan oleh jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji. Dalam majlis tersebut, Redza menyerahkan mas kahwin bernilai RM3,000 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang, dengan nilai wang hantaran dirahsiakan.