Intan Najuwa, seorang pelakon wanita Malaysia yang dikenali menerusi watak lakonannya yang hebat. Dia kini bergelar usahawan dan tampil dengan produk jenamanya sendiri yakni Dico Store. Intan memilih untuk menjual produk kecantikan rambut dan sangat mendapat sambutan kerana beliau seringkali kemas kini akaun media sosialnya dengan tip penjagaan rambut dan cara-cara menggunakan produknya.
Selain dikenali sebagai pelakon, usahawan dan juga model, Intan juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah. Beliau telah membuka sebuah akaun bank khusus untuk menerima sumbangan untuk diberikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Malah, Intan terlebih dahulu turut menyumbang sebelum mengajak pengikut Instagramnya untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.