Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Rozita Che Wan
Rozita Che Wan bermula perniagaannya dengan Padusi Couture yang menjual pelbagai jenis hijab dan jubah. Juga pernah mengeluarkan set haruman dan penjagaan wanita di bawah naungan ByRCW. Terkini, Che’ta baru sahaja berjaya melancarkan kolaborasinya bersama JOLS LUXE FABRICS menghasilkan 13 koleksi hijab.
Dalam kesibukannya meneruskan rutin kerja seni, Rozita Che Wan sempat meneruskan fokusnya dan tidak lupa dalam dunia perniagaanya. Selepas keluaran hijab, wangian, pencuci wanita dan lain-lain, Che’ Ta tampil dengan produk inai ‘instant’ yang dikenali sebagai Mazaville, kolaborasi bersama temannya, Anas Zahrin.