10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix - Glam Malaysia
10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix

10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix

Februari masih belum berakhir dan salah satu cara untuk meraikan bulan ini adalah dengan menonton filem romantik.

Menariknya, Netflix menawarkan pelbagai filem bergenre komedi romantik yang boleh anda tonton bersama pasangan. Daripada filem percintaan remaja sehingga kisah moden, pasti ada satu yang memikat hati anda dan si dia.

Ini 10 filem komedi romantik pilihan Glam

1. Always Be My Maybe (2019)

Sinopsis: Sasha Tran (Ali Wong) dan Marcus Kim (Randall Park) merupakan rakan baik zaman kanak-kanak yang kembali berhubung setelah dewasa. Walaupun mempunyai arah tuju kehidupan berbeza, mereka masih berkongsi gelak tawa dan menyayangi satu sama lain. Keadaan menjadi huru hara apabila Marcus terpaksa bersaing dengan Keanu Reeves yang membawa watak dirinya sendiri versi lucu.

 

2. The Incredible Jessica James (2017)

Sinopsis: Jessica (Jessica Williams), seorang penulis skrip yang bercita-cita tinggi di New York City berdepan kekecewaan setelah putus cinta. Menerusi blind date, dia bertemu Boone (Chris O’Dowd) yang juga sedang mengubati hatinya akibat perpisahan dengan bekas teman wanita. Agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’, mereka sama-sama memikirkan cara untuk menjayakan perhubungan ini.

See also
Cameron Diaz Kembali Memeriahkan Industri Hollywood Selepas Lapan Tahun

 

3. Set It Up (2018)

Sinopsis: Harper (Zoey Deutch) dan Charlie Young (Glen Powell) bekerja sebagai pembantu kepada dua bos workaholic yang dilihat kejam. Untuk memudahkan hidup mereka, Harper dan Charlie sepakat membuatkan bos mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain.

 

4. The Perfect Find (2023)

Sinopsis: Jenna (Gabrielle Union) terkejut besar apabila mendapat tahu jejaka yang dicumbuinya adalah anak majikan barunya. Terutama selepas dia baru saja bangkit dalam kerjaya setelah melalui perpisahan sukar. Kini kedua-duanya perlu berusaha memahami hubungan peribadi dan profesional yang terjalin antara mereka.

 

5. No Hard Feelings (2023)

Sinopsis: Maddie (Jennifer Lawrence) merupakan pemandu Uber dan pelayan berusia 30-an. Selepas keretanya ditarik, dia menerima tawaran pasangan kaya yang memintanya bercinta dengan anak lelaki mereka yang pemalu, Percy (Andrew Barth Feldman) sebelum dia memasuki kolej. Bagaimanapun tugasan ini tidak semudah yang disangkakan.

 

6. Francais To All the Boys (2018-2021)

Sinopsis: Francais komedi romantik popular — To All the Boys I’ve Loved Before (2018), To All the Boys: P.S. I Still Love You (2020) dan To All the Boys: Always and Forever (2021) — ini menyusuri kekecewaan pelajar bernama Lara Jean Song-Covey (Lana Condor) selepas surat cintanya kepada jejaka diminati terlepas ke tangan orang lain.

See also
Simu Liu Tayang Teman Wanita Di Karpet Merah Anugerah ESPY

 

7. Love at First Sight (2023)

Sinopsis: Hadley (Haley Lu Richardson) dan Oliver (Ben Hardy) bertemu dalam penerbangan dari New York ke London lalu jatuh cinta pandang pertama. Bagaimanapun mereka terpisah di pemeriksaan kastam dan peluang untuk bertentang mata sekali lagi dilihat mustahil. Tanpa disangka takdir mengubah segalanya.

 

8. Falling Inn Love (2019)

Sinopsis: Gabriela Diaz (Christina Milian), seorang wanita muda dari San Francisco menyertai sebuah pertandingan dan memenangi rumah penginapan di New Zealand. Dunianya menjadi tunggang-terbalik apabila seorang kontraktor kacak bernama Jake Taylor (Adam Demos) membantunya memperbaiki rumah itu.

 

9. When We First Met (2018)

Sinopsis: Selepas bertemu gadis idamannya Avery (Alexandra Daddario) di sebuah parti, Noah (Adam DeVine) berdepan kekecewaan apabila cintanya tidak disambut. Tanpa disangka selepas tiga tahun, dia mendapat peluang kembali ke masa lalu dan mengubah pertemuan mereka berulang kali sehingga segalanya menjadi sempurna.

 

10. Players (2024)

Like Netflix's hit movie Players? Then watch these underrated rom-coms right now | Digital Trends

Sinopsis: Penulis sukan, Mack (Gina Rodriguez) mencipta teknik jatuh cinta yang berkesan bersama rakan baiknya, Adam (Damon Wayans Jr). Bagaimanapun tanpa disangka dia sendiri jatuh hati pada seorang wartawan perang, Nick (Tom Ellis). Kini Adam dan rakan-rakan mereka perlu meyakinkan Nick bahawa Mack adalah wanita paling tepat buatnya.

See also
GLAM Profil: Shukri Shari

 

Foto: RidoMovies

Baca: 10 Filem Wajib Tonton Di Pawagam Pada Februari 2024