10 Faktor Kenapa Samsung Galaxy S25 Lengkapi Hari Anda - Glam Malaysia

10 Faktor Kenapa Samsung Galaxy S25 Lengkapi Hari Anda

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dunia teknologi sentiasa berubah, dan kini wanita moden memerlukan lebih daripada sekadar telefon pintar biasa. Samsung Galaxy S25 Series menawarkan pengalaman pintar yang melangkaui imaginasi. Berikut adalah 10 sebab utama kenapa Galaxy S25 wajib ada dalam tangan setiap wanita moden!

1. Pembantu Peribadi AI Yang Bijak

Dengan AI Select dan Now Brief, Galaxy S25 mampu memahami rutin harian anda. Daripada memberikan maklumat cuaca, muzik, hingga mengatur jadual, semuanya boleh diakses di skrin kunci tanpa perlu membuka banyak aplikasi.

2. Kamera Terbaik Untuk Selfie dan Fotografi
Adakah anda suka menangkap gambar? Samsung Galaxy S25 Ultra hadir dengan kamera ultra-lebar 50MP dan teknologi ProVisual Engine yang memastikan setiap perincian, termasuk tekstur rambut dan kilauan mata anda, kelihatan sempurna. Mod Nightography juga menghasilkan foto malam yang jelas dan cantik.

3. Kuasa AI Untuk Edit Video Yang Profesional

Dengan ciri seperti Audio Eraser, bunyi latar yang mengganggu boleh dihapuskan dengan mudah, menjadikan video anda kelihatan profesional – sesuai untuk vlog dan media sosial!

Galaxy S25 Ultra, the Latest AI Smartphone | Samsung Malaysia