Use your ← → (arrow) keys to browse
4. BERTEMU PUTERI DIANA HANYA 13 KALI SEBELUM BERKAHWIN PADA 1981
Menurut Town & Country, kebanyakan masanya pasangan ini berinteraksi menerusi corong telefon terutama di awal perkenalan. Tidak sampai setahun menjalin cinta dan selepas hanya 13 kali bertentang mata, mereka mengumumkan pertunangan kepada dunia.
Pada 29 Julai 1981, Raja Charles dan Puteri Diana disatukan dalam majlis gemilang yang digelar ‘wedding of the century’. Seramai 750 juta penonton dari 74 negara menyaksikan upacara tersebut di kaca televisyen manakala lebih 600,000 rakyat membanjiri jalan besar di London untuk melihatnya secara langsung.