Use your ← → (arrow) keys to browse
Sama seperti cincin pertunangan selebriti, cincin kerabat Diraja hadir dalam nilai dan rekaan yang pelbagai – bermula dari cincin ringkas yang tidak begitu mahal sehingga ke rekaan mewah sarat berlian yang bernilai jutaan ringgit.
Namun yang menjadi perbezaan adalah, cincin pertunangan kerabat Diraja kebiasaannya mempunyai nilai sentimental dan menyimpan makna tersendiri buat si pemberi mahupun penerima.
Sebagai contoh, Ratu Elizabeth II dilamar menggunakan sebentuk cincin berlian yang diambil daripada tiara milik ibu Putera Philip, Puteri Alice. Ia bertatahkan sebutir berlian tiga karat yang ditaburi sepuluh berlian halus di sekelilingnya.
Semak sepuluh lagi cincin mewah yang menjadi milik kerabat Diraja terkenal di seluruh Eropah.