10 Atlet Lelaki Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
10 Atlet Lelaki Di Olimpik 2024 Patut Anda Kenali

10 Atlet Lelaki Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali

Perasaan resah gelisah ketika menonton perlawanan Olimpik Paris 2024! Inikan pula apabila berpeluang menyokong atlet negara sendiri! Kami bangga menjadi rakyat Malaysia. 

Sepanjang musim Olimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung ini, macam-macam perasaan melanda diri kita, sebagai penonton. Sokongan untuk atlet negara masing-masing diberikan sebagai tanda semangat untuk atlet-atlet yang berjuang ini. GLAM pernah berkongsi tentang atlet wanita Malaysia yang patut anda kenali. Hari ini, GLAM akan berkongsi tentang atlet-atlet lelaki di Olimpik Paris 2024 yang patut anda kenali.

#1 Lee Zi Jia

Berumur 26 tahun pada tahun ini, Lee Zi Jia pernah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Pemain badminton profesional Malaysia ini merupakan sebahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021. Pemain yang berada di tempat ketujuh dunia itu berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati di Olimpik Paris 2024. Lee Zi Jia kemudiannya telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan membawa pulang pingat gangsa. Tahniah!   

#2 Azizulhasni Awang

Dato’ Azizulhasni Awang merupakan pelumba basikal trek profesional Malaysia. Dia mula terkenal apabila memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada tahun 2009. Azizul diberi nama samaran The Pocket Roketman atas sebab tubuhnya yang kecil dan pantas.Azizul kini berada di tempat pertama dalam dunia bagi acara Keirin. Azizul akan bertanding pada 7 Ogos 2024 ini dan baru sahaja tiba di Paris pada 2 Ogos 2024 yang lalu. 

#3 Carlos Yulo 

Carlos Edriel Poquiz Yulo dari Filipina merupakan seorang gimnas artistik. Dia merupakan atlet Filipina dan atlet Asia Tenggara pertama yang meraih pingat di Kejohanan Gimnastik Artistic Dunia pada tahun 2018 dengan pingat gangsa. Dia kemudian memenangi kejohanan itu dengan pingat emas pada tahun seterusnya. Carlos merupakan gimnas Filipina yang paling berjaya dalam sejarah. Carlos berjaya mendapatkan pingat emas kedua untuk Filipina di Olimpik Paris 2024 menjadikan dia juga lelaki pertama yang meraih pingat untuk pasukan Filipina di Olimpik. 

#4 Aaron Chia

Pemain badminton negara, Aaron Chia telah menyertai pasukan kebangsaan sejak tahun 2015 lagi. Eric dan pasangan beregunya, Soh Wooi Yook merupakan finalis dalam acara Terbuka England serta pemenang pingat emas Sukan Asia Tenggara pada tahun 2019. Atlet berumur 27 tahun ini berada di kedudukan kelima bersama pasangan beregunya. Pada perlawanan badminton beregu Olimpik Paris 2024, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia. Tahniah!

#5 Soh Wooi Yik

Atlet berumur 26 tahun Ini pernah meraih pingat emas pada tahun 2022 dalam acara beregu lelaki di Kejohanan Dunia 2022. Dia merupakan sebahagian daripada pasukan Kejuaraan Junior Dunia BWF Malaysia pada 2015 dan 2016. Soh Wooi Yik ialah anak kepada bekas pemain badminton Malaysia,Soh Goon Chup. Soh Wooi Yik dan pasangan beregunya Aaron Chia telah berjaya meraih pingat gangsa untuk Malaysia menjadikan ini pingat gangsa kedua mereka dalam acara Olimpik selepas tahun 2020. Good job!

#6 Liu Yuchen

Liu Yuchen dari China merupakan Juara Dunia dalam kategori beregu pada tahun 2018. Dia juga pernah memenangi pingat perak pada Olimpik 2020 yang lalu bersama pasangan beregunya Li Junhui. Liu Yuchen dan Li Junhui pernah mencapai kedudukan nombor satu di dunia dalam kategori beregu pada tahun 2017. Liu Yuchen tular di media sosial selepas melamar teman wanitanya yang berjaya meraih pingat emas untuk pasukan China, Huang Ya Qiong.

#7 Yusuf Dikeç 

Yusuf Dikec, seorang atlet Olimpik berusia 51 tahun dari Turki ini ini sebenarnya seorang bekas bukan komisioner dalam jandarmeri Turki dan ahli Kelab Sukan Jandarma Gücü. Yusuf pertama kali menyertai Olimpik Beijing mewakili Turki pada tahun 2008. Dia telah memenangi pingat perak dalam acara berpasukan campuran pistol udara 10 meter di Olimpik Paris 2024 bersama rakan sepasukannya, Şevval İlayda Tarhan. Yusuf kemudiannya tular di media sosial kerana ketenangannya ketika acara itu berlangsung.

#8 Azeem Fahmi

Baru berusia 20 tahun, Azeem Fahmi ialah seorang atlet pelari pecut Malaysia. Azeem memegang rekod kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun dalam acara 200 meter dengan catatan masa 20.83 saat. Dia jug apernah meraih pingat emas dalam acara Sukan Sekolah ASEAN 2019 dalam acara 200m dengan catatan masa 21.63 saat.  Azeem juga memecahkan rekod 100m negara yang dipegang Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 dengan catatan masa 10.09 pada tahun 2022. Penampilan sulung Azeem dalam acara Olimpik Paris 2024 berakhir di pusingan pertama dengan catatan masa 10.45 saat.

#9 Henrik Christiansen 

Atlet Norway yang berusia 28 tahun ini pernah memenangi tiga pingat di Kejohana Renang Eropah Junior pada tahun 2014. Itu merupakan pencapaian juniornya sebagai seorang atlet berenang. Henrik pernah menyertai Kejohanan Akuatik Dunia 2015 dan pada tahun 2016, dia meraih pingat Perak di Kejohanan Akuatik Eropah 2016 dalam acara 400m gaya bebas. Dia juga dikhabarkan pernah menolak tawaran biasiswa renang dari Universiti Stanford dan UC Berkeley untuk meneruskan latihan di Norway. Henrik digelar sebagai “Olympic Muffin Man” di Olimpik Paris 2024 tahun ini kerana videonya menilai muffin coklat di Olimpik Paris 2024 tular di TikTok. Henrik berjaya meletakkan dirinya di tempat keempat dalam acara 1500m Gaya Bebas Lelaki semalam, 3 Ogos 2024.

@henrikchristians1

We have chocolate muffin before GTA 6 #fyp #olympics #paris2024 #olympictiktok #olympicvillage #muffins #gta #gta6

♬ GTA San Andreas Theme (Remake) – Ben Morfitt (SquidPhysics)

#10 Grant Fisher

Grant Fisher dari Amerika Syarikat ialah seorang atlet pelari jarak pertengahan dan jarak jauh. Dia memegang rekod kebangsaan Amerika untuk acara 5,000m dan 10,000m. Pada acara Olimpik Tokyo 2020, Grant menduduki tempat kelima dan tempat keempat di Kejohanan Sujan Atletik 2022. Pada Olimpik Paris 2024 tahun ini, Grant berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10,000m. Grant juga memegang rekod Amerika Utara dalam acara 3,000 meter, 5,000 meter, dan 10,000 meter.