GLAM Personaliti: Akmar & Aida Hanif
Sejak mereka masih menuntut lagi, dua adik beradik ini sudah mula memasang angan-angan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Melihat pada gaya mewah Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin Hanif ini, kami merasakan mereka sudah pun living their dreams!
Lelah selama tiga minggu mengejar dua beradik jutawan ini akhirnya berbalas. Sesi penggambaran dibuat sehari selepas pulangnya Nor Akmar Hanif dan Aida Nurlin Hanif dari percutian di kota Paris juga London selama tiga minggu. Biarpun jetleg, kedua-dua wanita cerita ini bicara penuh rasa rendah diri. Janji bertemu seawal jam 10 pagi, “Millionaire Sisters” ini tiba penuh stail juga glamor!
Dua mobil mewah, Porsche Panamera juga Range Rover Evoque berona merah saga sebagai peneman ke lokasi fotografi pagi itu. Bermula karier dengan tangan kosong seawal 20-an, kini gelaran “Millionaire Sisters” menjadi satu jenama industri terkenal hasil usaha keras dua beradik kelahiran Perak ini.
Bertemankan ilmu dalam bidang sains, adik beradik ini mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan sahama amanah tatkala menuntut di universiti lagi. Namun begitu, kejayaan tidak menerpa tanpa susah payah dan pengorbanan pada awalnya.
“I had to segregate my time wisely in a day. Seawal jam lapan pagi setiap hari saya akan bertemu klien. Tepat jam 10, saya akan ke kuliah pula. Sewaktu makan tengahari saya berjumpa dengan klien lain. There is no time to eat and I had to change my clothes in public toilets. Life was quite tough back then.” – Aida Nurlin.
Melihat orang tua yang masih perlu mencari pekerjaan pada usia 55 tahun hanya untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk mereka, telah dijadikan motivasi utama untuk mereka bekerja keras. Hasilnya, mereka kini mampu memiliki Porsche Panamera dan Bentley, bersantai di Paris dan Itali serta mengenakan Hermes, Celine dan Pucci.
“For now, pastinya Hermes idaman kami kerana pertamanya, kerana pertamanya ia amat sukar dimiliki dan keduanya, it takes style to carry it. Kami juga selesa mengenakan rekaan koleksi Roberto Cavalli dan sepatu pastinya Christian Louboutin!” – Nor Akmar Hanif.
Kini, Millionaires Sisters ini bercita-cita untuk mencapai gelaran billionaire dan sedang bekerja keras untuk mencapainya. Selain itu, mereka berharap dapat menjadi kebanggaan negara dan menyumbang lebih lagi kepada masyarakat di masa akan datang.
Artikel sepenuhnya di dalam
GLAM APRIL 2013 atau LANGGAN HARI INI
Artikel berkaitan: Bual Cantik Bersama Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim