He’s so hot right now! Derek Zoolander dan Hansel McDonald membuat kemunculan mengejut di pentas Valentino musim luruh/sejuk 2015!
Karakter dari filem Zoolander yang dilakonkan Ben Stiller dan Owen Wilson itu menutup pentas Valentino mengenakan ceraian custom made dari rumah fesyen itu. Derek (Ben Stiller) mengenakan sut brocade serta kot sulaman tangan manakala Hansel (Owen Wilson) memakai sut sutera dan kot double cashmere.
Kemunculan mereka disambut sorakan hebat barisan penonton yang hadir. Sewaktu berjalan di atas pentas, Derek mengambil telefon seorang penonton di barisan hadapan dan mula ber-selfie. Hansel pula sengaja menjatuhkan kotnya menaikkan lagi kesan drama.
Sekuel kepada filem itu dijangka tayangan Februari 2016.