Zoe Saldana Disambar Menjadi Duta Global Cartier
Zoe Saldana dan Cartier bukanlah satu gabungan baharu, kerana sebelum ini dia sudah berkali-kali dihiasi dengan barang kemas mewah ini!
Cartier dengan bangganya mengumumkan pelantikan pelakon dan penerbit tersohor, Zoe Saldana, sebagai duta terkini rumah barang kemas mewah itu. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan kerjasama mesra yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak. kini ia menjadi sebuah hubungan yang diangkat ke tahap lebih eksklusif.

Bintang kelahiran Amerika Latin ini bukan sekadar ikon glamor Hollywood, malah merupakan kuasa besar dalam industri perfileman global. Nama Zoe Saldana sinonim dengan watak ikonik dalam francais Avatar dan Guardians of the Galaxy, menjadikannya satu-satunya pelakon dalam sejarah yang membintangi empat filem pecah panggung yang masing-masing meraih lebih daripada USD2 bilion. Pada tahun 2024, lakonannya dalam Emilia Pérez arahan Jacques Audiard membawa pulang pelbagai anugerah berprestij termasuk Oscar, Golden Globe, Critics’ Choice, SAG dan BAFTA bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Sebagai penerbit dan pelakon, Saldana terus membina legasi dalam projek-projek besar antarabangsa seperti siri Lioness di Paramount+ serta sekuel Avatar yang sangat dinanti-nantikan. Namun, selain bakat luar biasa, her sense of elegance and style juga menjadi inspirasi, menjadikan dirinya insan sempurna bagi Cartier.
Pada malam Academy Awards 2025, Saldana mencuri perhatian dalam rekaan eksklusif Panthères Versatiles, barangan kemas mewah Cartier yang menampilkan zamrud 10.10 karat dari Zambia. Rekaan itu bukan sahaja sebuah kalung tetapi boleh diubah suai menjadi perhiasan badan – satu simbol keanggunan berani yang mendefinisikan Cartier. Sebelum ini, beliau turut memukau ramai di Golden Globes 2025 menerusi set permata Melis. Di acara Vanity Fair Oscar Party 2023 dalam cape istimewa yang diperbuat daripada precious chainmail dan dihiasi 150 berlian.
“Saya amat berbesar hati dilantik sebagai duta Cartier. Maison ini sentiasa menggabungkan kreativiti tanpa sempadan dengan kemahiran seni luar biasa dalam setiap rekaan,” ujar Saldana. Menurut Arnaud Carrez, Naib Presiden Kanan Cartier, “Zoe mewakili gabungan bakat, karisma dan daya tarikan semula jadi – sebuah refleksi sempurna kepada semangat Maison kami.”

Dengan pelantikan ini, Zoe Saldana bukan sahaja memperkukuh kedudukannya dalam dunia seni, malah memahatkan namanya sebagai ikon gaya global dalam dunia barang kemas mewah.
Artikel Berkaitan: Takluk Dunia Gaya dengan Clash de Cartier
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.

