‘You Look Great!’, Pertama Kali Bertemu, Neelofa Dipuji Tommy Hilfiger
Ramai sudah sedia maklum New York Fashion Week sudah bermula sekitar awal minggu lepas dan ramai selebriti tempatan turut hadir memeriahkan acara, menonton pertunjukan fesyen mewah di sana. Tidak terkecuali sudah tentu Neelofa sendiri yang dijemput khas menyaksikan pementasan fesyen jenama-jenama unggul seperti Tory Burch, Longchamp dan Tommy Hilfiger.
Namun yang menarik perhatian semasa ‘fitting’ dalam mencuba busana Tommy Hilfiger, Neelofa dikejutkan dengan kehadiran ‘the man himself’, Tommy Hilfiger yang tiba-tiba muncul. Saat pertama kali bertemu, Tommy Hilfiger turut memuji Neelofa, “You look great!”
Jelas Neelofa, “Ketika sesi fitting, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang saya cuba. Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama,” jelas Neelofa dalam nada gembira.
Untungnya Neelofa kan! Selain Neelofa, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga berada di sana untuk menyaksikan Minggu Fesyen New York.