YM Puteri Noor Afzan Menggugah Jiwa Wanita Muda
YM Puteri Noor Afzan

YM Puteri Noor Afzan Menggugah Jiwa Wanita Muda

Masih muda dan bergerak dalam ruang cukup terbuka, YM Puteri Noor Afzan satu daripada puteri istana yang siap mencuri tumpuan semua dengan cita-cita dan daya yang dia ada.

YM Puteri Noor Afzan atau senang disapa Noor menjadi pelapis generasi hari ini yang datang tidak hanya dengan obsesi terhadap gelombang budaya Pop Korea Selatan seperti gadis seusianya tetapi memiliki cita-cita dan daya untuk membuktikan kemampuan yang dia miliki. GLAM meneroka sejauhnya sudut pandang dan pemikiran Noor tentang apa yang sedang diusahakan, perancangan masa depan juga perspektif hidupnya kini.

YM Puteri Noor Afzan Berbicara Tentang Generasi Distingtif Sekarang

Mengenal lebih dekat dengan jelitawan ini, bicara saya berterusan menggali her current state of mind – Kita sudah bergerak pantas ke penghujung tahun, how’s 2024 treat you so far? “It didn’t go out how I thought it would be tapi Alhamdulillah saya lalui dengan sebaiknya.” Apa yang membuatkan Noor berkata begitu? “Kehilangan ayah yang sangat saya sayangi begitu memberi kesan dalam hidup. Tough time for me tapi saya selalu mengingatkan diri bahawa Allah tidak akan membebani umat-Nya lebih daripada apa yang mereka mampu. Saya bersyukur dalam melalui fasa kehilangan itu, saya dikelilingi orang terdekat yang sentiasa ada bersama.”

YM Puteri Noor Afzan

pengarang fesyen  JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID

dandanan CKAY LIAW penyelaras SYAHIRAH HUSSAIN teks HAFIZAN MOHD

See also
The Eighties Dream

Sepanjang hayat arwah ayah apa yang Noor pelajari daripadanya? “To stay grounded and focus on my own path. Dia selalu pesan dengan saya supaya jangan terlalu tunduk dengan tekanan juga pengaruh luar.” Kalau ibu pula ada pesan yang sering dititip? “My mom banyak menekankan tentang kepentingan to develop a strong sense of self. Sentiasa ambil masa untuk proses sesuatu perkara dan memahami setiap situasi daripada pelbagai perspektif. Dia akan sentiasa mengingatkan saya agar bijak membawa diri sebaiknya sejak kecil lagi.”

Menurut Noor lagi kedua orang tuanya sangat menekankan kepentingan untuk berdikari dan percaya pada potensi juga kelebihan diri biar dalam apa jua tindak-tanduk yang bakal dilakukan. Menambah ceritanya tentang kedua ibu bapanya,“Both my parents selalu ingatkan untuk sentiasa menjadi orang yang baik and that what is most important in life is more than worldly possession. Dan sebagai seorang anak bongsu saya bertuah kerana ada adik-beradik atas saya yang turut membimbing.”

Mengalihkan cerita kehilangan itu saya bertanyakan tentang apa dia lakukan recently. –“Saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Baru saja pulang bercuti di Tioman sebenarnya. Quality time bersama keluarga itu sangat penting bagi saya. I cherish the moment when we laugh, share stories and create lasting memories. Selain itu, saya sedang usahakan projek Istimewa bersama dua sepupu saya Diyana dan Afzan. This new venture we call DNA (Singkatan Diyana, Noor & Afzan) yang akan kita umumkan very soon insya-Allah.”

See also
Swarovski Menyambut Raya Dengan Ciptaan Halus Yang Menyerikan Semangat

Bercerita lanjut tentang apa yang diusahakan sekarang bersama dua sepupunya saya terus mahu mendasari pemikiran gadis ini dengan persoalan-persoalan impian juga cita-cita yang dia sudah pasakkan. Ada yang Noor ingin capaikan sebelum mencecah usia 30? “Saya ada this to-do-list habit. Ia sangat penting supaya saya keep track dengan garis masa dalam mencapai apa yang saya impikan. Buat masa sekarang saya memang mahu melihat projek DNA menjadi kenyataan.”

YM Puteri Noor Afzan

Jika anda mengikuti laman Instagram @noorafzan anda pasti akan terleka melihat obsesi puteri muda ini dengan gelombang K-Pop. What about budaya K-Pop yang menarik minat Noor sebenarnya? “I am absolutely captivated by South Korea.” Bicaranya saat saya bertanyakan obsesinya itu sebelum menambah “Kalau diikutkan sedekad sebelum ini, Korea Selatan bagi saya agak tersisih daripada dilihat sebagai negara yang mampu mempengaruhi dunia dalam banyak aspek. Tapi lihat hari ini, Korea Selatan is a global powerhouse – daripada segenap aspek budaya, sejarah sehingga bisnes.”

Kata Noor lagi, dia memiliki senarai lengkap semua tempat yang dia pernah lawati. Tidak kiralah tempat makan, kawasan pelancongan dan apa juga tarikan kebudayaan. “I am happy to share my lists with anyone thinking about travelling to Korea. Ketika travel saya akan membuka pemikiran serta perspektif because you never know which journey might spark the next big idea.”

See also
Koleksi Louis Vuitton Hasil Inspirasi Seni Brazil

Melihat kesungguhannya sebagai wanita era kini yang cukup tinggi keinginan serta upaya menggerakkan sesuatu yang bermakna, saya terdetik mahu mendengar pandangannya tentang gerakan women empowerment dan kesaksamaan hak yang cukup rancak digerakkan hampir sedekad ini. Menurut Noor adakah wanita di Malaysia sudah diberi peluang yang sama seperti wanita di benua luar? “Ada progress yang baik saya rasa. Kalau lihat dalam bidang pentadbiran dan politik semakin banyak wanita yang diraikan di parlimen. Kita lihat peningkatan dalam usaha mensaksamakan hak wanita di pentadbiran teratas. Kalau dalam bidang swasta dan korporat ini bukan hal asing kerana sudah banyak wanita yang mengetuai organisasi berbeza.”

Noor turut berkongsi banyak peluang bagi wanita tempatan hari ini disediakan pihak kerajaan harus digunakan sebaiknya. “Apa yang saya perhatikan juga, banyak geran yang kerajaan hari ini sediakan khas untuk perkembangan ekonomi wanita. Dan dengan adanya geran-geran ini ia dapat memudahkan banyak usahawan wanita hari ini mendapat lebih peluang memperkembangkan bisnes mereka.” Optimis tentang hal ini, Noor setuju jika wanita hari ini harus bijak dalam merebut peluang yang ada dan pada yang sama perlu bijak dalam setiap percaturan.

 

Baca kisah penuh YM Puteri Noor Afzan dengan mendapatkan majalah GLAM isu Ogos 2024 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.