Who Wore It Better: Rihanna Atau Emilia? - Glam Malaysia

Who Wore It Better: Rihanna Atau Emilia?

Colour of the moment: Pink!

 

 

Jika sebelum ini GLAM musykil akan gadis fesyen mana yang lebih menawan dalam busana Alexandre Vauthier, Cara Delevigne atau Bella Hadid, kali ini kami mengetengahkan Rihanna dan Emilia Clarke pula!

 

Rihanna kelihatan menawan seperti biasa dalam busana rekaan Prada di tayangan perdana filem Valerian and the City of a Thousand Planets di Paris. Penyanyi Barbados itu memakai ceraian duo berona merah jambu, yakni top bra berperincian labuci serta skirt pensil bulu dwitona. Rihanna melengkapkan gaya high fashion itu bersama kilauan barangan Chopard, klac tangan metalik dan sepatu bertali.

 

Mungkin gadis-gadis fesyen di luar sana pernah lihat outfit ini digayakan oleh seorang lagi selebriti Hollywood? Emilia Clarke mengenakannya dalam sebuah penggambaran buat majalah Elle, isu Ogos 2017! Namun, pelakon Game of Thrones ini menggayakan busana bernadi mewah ini dengan aksesori ringkas buat interpretasi boho-chic. Emilia juga telah menggunakan gelang tangan kemasan emas serta anting-anting besar sebagai aksesori sampingan.

See also
‘WOW’ with Art

 

Jadi, apa kata anda? Glamor yang diserlah oleh Rihanna atau kemewahan tres chic oleh Emilia?