We're Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan - Glam Malaysia
We're Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan

We’re Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan

Velentino memenuhi keperluan gaya hidup untuk memenuhi masa sewaktu ‘lockdown’. Menghadirkan set kad permainan hasil kerjasama dengan Koreen, pengasas We’re Not Strangers. Melancarkan set had permainan untuk dewasa, yang membicarakan tentang kepositifan dan kebersamaan. Bersesuaian dengan situasi sekarang, yang mana satu dunia dibelenggu krisis pandemik juga permasalahan di antara komuniti yang berpanjangan.

Oleh itu, Valentino memperkenal set kad permainan ini. Set ini merangkumi 25 kad berserta soalan-soalan yang menyentuh perihal kepositifan, kemanusiaan, dan keindividuan. Perihal tersebut menggambarkan nilai bersama yang dikongsi oleh kedua-dua jenama itu. Item baharu Valentino ini dicadangkan untuk dimain sewaktu masa lapang, sambil mengukuhkan jalinan persahabatan serta kekeluargaan. Yang mana, set ini amat sesuai untuk dimain bersama rakan, orang-orang tersayang, mahupun seseorang yang baru anda temui. A good way for ice breaking.

Setiap kad memaparkan soalan-soalan bernas yang akan membuatkan si pemain berfikir dan merefleksikannya kepada diri sendiri. Ia merupakan salah satu opsyen buat pemain untuk berkongsi perasaan dan pendangan bersama individu yang dipilih untuk bermain bersama. Lalu, mengeratkan lagi perhubungan tertentu.

See also
Who Wore It Better: Cara Atau Bella?

Set kad permainan ini turut menampilkan reka bentuk kotak istimewa dengan hiasan V Logo Signature, menyerlah sisi mewah dan fesyen dedikasi collector’s item. Ia boleh didapati sejak pertengahan Januari lalu, di seleksi butik Valentino yang terpilih sahaja di seluruh dunia. Have fun playing!

Valentino


Artikel berkaitan: Coach It Forward Jadi Intipati Murni Coach