Rick Owens terus mencuri perhatian di pentas musim luruh/sejuk 2015 dengan mengetengahkan beauty look berani, wajah peragawati dicat kertas aluminium nipis berwarna emas dan perak sehingga ke paras telinga! Menurut jurusolek Lucia Pieroni, inspirasi menghasilkan look itu adalah ilham dari dewi Mayan menggunakan kosmetik MAC.