Virginie Viard Meninggalkan Chanel
Virginie Viard

Virginie Viard Meninggalkan Chanel

Pagi ini sebuah berita menggemparkan dunia fesyen telah diumumkan. Siapakah bakal menggantikan kerusi kreatif Virginie Viard selepas ini? 

Selepas 30 tahun, Virginie Viard, hari ini secara rasmi dia bakal meninggalkan rumah fesyen Chanel. Jenama gah ini sendiri mengesahkan perkhabaran ini menerusi Vogue Business. Ia menjadi sebuah berita gempar buat peminat industri fesyen seluruh dunia namun tidak ketinggalan ramai yang sudah mula mengetengahkan nama-nama yang selayaknya menduduki kerusi kreatif milik Virginie Viard ini.

Virginie Viard

Gambar: Getty Images

“Chanel mengesahkan pemergian Virginie Viard selepas berkerjasama selama lima tahun sebagai Pengarah Artistik koleksi fesyen, di mana dia telah memperbaharui kod rumah sambil menghormati warisan kreatif Chanel, dan dia juga telah bersama hampir tiga puluh tahun bersama rumah fesyen ini.”

Tambahan lagi,

“Sebuah organisasi kreatif baharu bakal diumumkan kelak. Chanel ingin mengucapkan terima kasih kepada Virginie Viard di atas sumbangannya yang luar biasa kepada fesyen, kreativiti juga tenaga di Chanel.”


3 Dekad Virginie Viard bersama Chanel

Virginie Viard

Gambar: Getty Images

See also
Gabungan Ketelusan Seni Antara Gucci & Unskilled Worker

Mula menyertai rumah fesyen Chanel pada tahun 1987 bersama Karl Lagerfeld. Kemudian dunia digemparkan dengan kematian Lagerfeld pada tahun 2019. Setelah itu, Viard diumumkan sebagai Pengarah Kreatif Chanel. Untuk pengetahuan semua, dia adalah pengarah artistik ketiga Chanel (semenjak penubuhan pada tahun 1910) selepas Lagerfeld dan Coco Chanel.

Dalam lima tahun Viard mengemudi jenama mewah ini, dapat disaksikan pelbagai sentuhan dan nafas baharu diberikan pada setiap musim. Dia memperkenalkan duta Penelope Cruz dan Lily-Rose Depp, Jennie BLACKPINK, Timothée Chalamet dan Riley Keough.

Walau bagaimanapun, koleksi Chanel Haute Couture Musim Luruh/Sejuk 2024/2025 tetap akan dipersembahkan seperti yang dirancang pada Jun 2025 di Opéra Garnier di Paris.