Victoria's Secret Mendapat High-Fashion Treatment

Victoria’s Secret Menerima Sentuhan Magis Balmain + Koleksi Kapsul Bersama!

Dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, Victoria’s Secret bakal melebarkan sayap mereka di Shanghai dengan sebuah pertunjukan yang pastinya akan menandingi pertunjukan-pertunjukannya sebelum ini dengan jumlah seramai 800 juta penonton seluruh dunia.

 

Foto Francois G. Durand/WireImage

Satu elemen kejutan yang akan memberikan sedikit kelainan kepada koleksi jenama baju dalam wanita itu pada tahun ini adalah penglibatan Olivier Rousteing dari Balmain untuk menghasilkan beberapa look bagi koleksi tahun ini dan juga koleksi kapsul (VSxBalmain) yang akan dijual di serata dunia bermula 29 November ini.

 

Ini juga menandakan cubaan pertama jenama ikonik ini bekerjasama bersama jenama high-fashion dalam sejarah mereka.

 

Nantikan ceraian-ceraian dengan elemen yang lazim dikatikan dengan rekaan Balmain seperti tumpuan kepada siluet, kilauan emas, dan sudah tentunya menaikkan lagi kemewahan kepada setiap ceraian yang menerima perhatian daripada Rousteing sendiri.

 

READY FOR THIS? #VSxBALMAIN. 11.29.17. @balmain @olivier_rousteing

A post shared by Victoria's Secret (@victoriassecret) on

See also
Gaya Berani Grammy Awards 2015