Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi hantaran di media sosial, jenama itu berkongsi perihal kempen terbaharu mereka dengan menulis, “Barisan rakan kongsi luar biasa dengan latar belakang, semangat dan minat yang berbeza ini akan bekerjasama dengan kami untuk menghasilkan koleksi produk revolusioner, kandungan yang menarik dan memberi inspirasi, program kolaborasi dalaman terbaharu, dan perhimpunan bagi menyokong tujuan penting buat wanita.”
Menurut laporan, kesemua personaliti ini akan mendefinisi semula makna ‘seksi’ buat Victoria’ Secret. Dikenali sebagai VS Collective, fokus mereka adalah untuk memberi nasihat selain muncul dalam iklan dan mempromosi Victoria’s Secret di media sosial.
“Ketika dunia berubah, kami terlalu lambat memberi respons. Kami perlu berhenti memikirkan apa yang lelaki mahu dan memberi fokus kepada kehendak wanita,” ujar Martin Waters, bekas ketua perniagaan antarabangsa Victoria’s Secret yang kini dilantik sebagai ketua eksekutif jenama itu Februari lalu.