Hailey Baldwin terkenal dengan gaya jalanannya yang bersahaja — oversized, kasut sneakers dan warna-warna monokrom! Beliau sering dilihat dalam look ala bersukan, sleek dan edgy. Namun demikian, suatu ketika dahulu, apabila berbual tentang Hailey, ia bersinonim rona merah jambu Barbie. Beliau mengenakan warna signaturnya itu ke sebuah kelab malam di Los Angeles kelmarin.
Jelitawan 20 tahun itu memilih persalinan dress sutera pendek bersama blouse jarang rekaan J Gerard — kedua-duanya bewarna bold itu. Dilengakapkan bersama anting-anting hoop berona emas dan kasut bertumit tinggi platform bersertakan dandanan rambut blonde, Hailey sememangnya memberikan kami vibe Barbie chic!