Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022 - Glam Malaysia

Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022

MERAIKAN KEHADIRAN SEPATU PLATFORM TAN-GO, VALENTINO HASILKAN SIRI IMEJ BERSAMA JURUGAMBAR ALESSANDRO MERLO. MENAMPILKAN INDIVIDU UNIK BERGAYA DENGAN VALENTINO GARAVANI TAN-GO. 

‘Fluid’, bebas dan tanpa batasan. Siri gambar baharu untuk meraikan pelancaran sepatu tinggi platform Valentino Garavani Tan-Go-meraikan keperibadian dan kekuatan komuniti merangkumi semua aspek. 

Menyemati semangat inklusiviti ke arah masyarakat saksama dan meliputi kisah-kisah penting, rumah fesyen Valentino bekerjasama dengan jurugambar Alessandro Merlo untuk menangkap gambar beberapa personaliti yang memiliki karakter unik. Penggambaran tersebut menampilkan Nettuno, Charli, Lina Giselle dan Agnes Questionmark. Menyarung sepatu Valentino Garavani Tan-Go, menonjolkan aura luar biasa dan jiwa yang bebas.

Istimewa untuk penggambaran ini, Merlo merakam gambar Nettuno, seorang artis dan penghibur berusia 21 tahun, bersama DJ Charli berusia 24 tahun dari Bolongna. Lina Giselle yang dilahirkan di Colombia dan dibesarkan di Itali turut menyertai penggambaran itu, bersama artis yang sedang meningkat naik Agnes Questionmark. Dirakam di Villa Arconati yang terkenal, siri foto itu meraikan kisah unik setiap personaliti sambil meletakkan ‘statement’ pada Valentino Garavani Tan-Go.

See also
Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google

Valentino Garavani Tan-Go-sepatu yang memiliki statement tersendiri dengan sifat ekspresif, gaya klasik yang diolah semula untuk interpretasi moden. 

Dicirikan tapak platform tinggi dan mengingatkan pada siluet tali pergelangan kaki yang ikonik, Valentino Garavani Tan-Go berentak retro yang digabungkan dengan daya tarikan kontemporari. Reka bentuk kasut unik ini dengan pantas membentuk stail ikonik, dengan gancu VLogo Signature yang menandakan kod gaya rumah fesyen Valentino. 

Artikel berkaitan: Ferragamo Nomadic, Stail Percutian Moden