Valentino Escape, Nuansa Rona Terang Kapsul Musim Panas 2024
Seperti tahun-tahun berikut, jenama Valentino kini kembali dengan koleksi Valentino Escape untuk tahun ini yang lebih meriah.
Buat musim Panas 2024, Valentino telah memperkenalkan koleksi kapsul mereka yang dihiasi rona-rona terang bagi melambangkan musim panas yang meriah. Sebuah jemputan pencinta fesyen mewah untuk menghargai momen dan keindahan yang didapati dalam Valentino Escape 2024. Untuk koleksi kapsul terbaru ini, Valentino mengajak untuk menghayati seni gaya hidup “slow living” disertakan dengan suntikan stail vibrant dan effortless bersama padanan aksesori Valentino Garavani.
Koleksi Valentino Escape
Dimeriahkan dengan koleksi helaian menarik dan warna-warni, koleksi kapsul Escape ini membawa aura sun-drenched afternoons dan outdoor evenings. Koleksi ini menyaksikan kaftan dan blaus dipadankan bersama gaun dan skirt, one-shoulder top, seluar flare dan koleksi pakaian renang. Setiap helaian hadir dengan komponen yang harmoni dan bernuansa keceriaan dengan visi yang tidak terbatas.
Corak Melambangkan Aura Musim Panas
Rumah fesyen Valentino telah memfokus kepada dua corak daripada koleksi archive untuk koleksi kapsul ini di mana ianya adalah Valentino Chevron 24 juga Valentino Starfish. Setiap daripada corak tersebut memiliki aura tersendiri dan inspirasi yang unik untuk mengembalikan kenangan indah dari masa lalu. Corak Starfish asalnya muncul di dalam koleksi musim bunga/musim panas pada tahun 2015 manakala corak Chevron menjadi popular ketika koleksi musim bunga pada tahun 2019.
Valentino Chevron 24
Antara yang menarik untuk koleksi kapsul ini adalah Bucket bag bercorak Chevron yang tampil meriah dengan riasan gabungan rona terang dan fun. Bukan itu sahaja, pelbagai sandal serta item fesyen menarik lain turut hadir dalam corak Chevron ini.
Valentino Starfish
Motif Starfish menghidupkan lagi koleksi kapsul ini di mana ia hadir dengan koleksi tona atas tona serta anda juga dapat saksikan koleksi espadrilles yang direka menarik dengan tampilan corak tapak sulaiman rona merah jambu terang.
Perhiasan Valentino Garavani
Corak ikonik ini juga menghiasi koleksi perhiasan jenama mewah ini. Perhiasan ini terdiri daripada set rantai, gelang tangan juga subang rona emas.
Activation Yang Bakal Berlangsung
Koleksi Valentino Escape 2024 ini boleh di dapati di atas talian dan kedai terpilih daripada pertengahan bulan Mei. Untuk memulakan acara pelancaran kapsul ini, satu pengalaman eksklusif akan diadakan di atas belon udara panas di Cappadocia yang diatur indah menampilkan landskap Turki yang hebat. Pengaktifan akan berlangsung di seluruh dunia sepanjang bulan Jun dan Julai, termasuk pengalaman perahu Mytheresa di Selatan Perancis. Acara-acara di seluruh dunia akan bermula pengaktifannya bermula di Amerika Syarikat dan Oman kemudian ke lokasi-lokasi musim panas terkenal di Eropah!