TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita - Glam Malaysia

TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita

TUMI memperkenalkan himpunan tas Asra dedikasi wanita. Seterusnya mengumumkan duta terbaharu, Mun Ka Young dalam satu majlis istimewa di Singapura. Mewadahi rekaan terkini yang memilih Singapura sebagai destinasi yang menginspirasikan koleksi TUMI dan palet musim panas 2024. 

TUMI Asra

Diem My, Scha Al-Yahya, Mun Ka Young & Koe Yeet

Kerjasama dengan pelakon Korea Selatan, Mung Ka Young diumumkan TUMI secara rasmi semasa acara pelancaran eksklusif yang dihadiri oleh selebriti, pempengaruh dan media dari seluruh Asia Pasifik. GLAM antara media yang dijemput untuk mendekati Mun Ka Young dalam satu sesi temu bual serta mendekati koleksi Asra yang direka dalam tiga ukuran dan empat rona pilihan. 

TUMI, cukup dikenali dengan jenama yang mewadahi gaya kembara dan item asas bagi memenuhi kemahuan komuniti masa kini. Maka itu, koleksi Asra diperkenalkan dengan tujuan lain. Membantu menemukan produk terbaik yang telah dipersonalisasikan. Tas Asra menawarkan ukuran yang bersesuaian, material dan padu padan kreatif agar sesuai dengan karakter dan gaya yang diinginkan oleh wanita moden. Di samping itu, perkenalan TUMI Asra meraikan kejayaan baharu TUMI dengan pengenalan duta global baharu, Mun Ka Young. Mun menghadiri acara eksklusif itu untuk menyempurnakan pelancaran koleksi beg tangan wanita TUMI Asra dan kempen pertamanya dengan jenama itu. 

See also
GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 1

Kehadiran tetamu VIP

TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita

Mun Ka Young

Tetamu yang terdiri dari golongan pempengaruh, selebriti dan VIP, termasuk penyanyi dan pelakon Hong Kong, Charlene Choi, penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati, aktor Thailand Dunk Natachai juga selebriti Malaysia Scha Al-Yahya. Selain wajah-wajah familiar tersebut, turut hadir kumpulan eksekutif global TUMI, Andrew Dawson termasuk pengarah kreatif TUMI, Victor Sanz. 

Malam “Discovering Asra” berlangsung melalui beberapa segmen, membawa tetamu dalam perjalanan intim dan glamor untuk mendekati daya tarikan moden Asra. Pengalaman bermula dengan pelayaran matahari terbenam menaiki kapal layar mewah yang membawa tetamu ke Sentosa. Seterusnya, makan malam VIP bermula yang bertempat di Kelab Golf Sentosa. Di situ, lokasi bernada elegan dan intim, meraikan gaya unik yang dijelmakan oleh duta TUMI dan dihiasi hiasan dan pancaran cahaya warna Asra, termasuk jalur warna terang yang diilhamkan oleh landskap indah Pulau Sentosa. 

TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita

Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz & Mun Ka Young

Pada sepanjang majlis, tas Asra dipamerkan dan nyatanya direka untuk wanita yang bergaya dan bersahaja. Sempurna dipakai untuk gaya siang ke malam, dengan sentuhan feminin dan dipertingkatkan fungsinya. Memiliki siluet tegas namun lembut, menyatukan perincian logam dan simpulan tali beg. Yang memberikan kenyamanan dan ketahanan jitu. Tentang warna pula, terdapat empat pilihan warna-hitam, Moonlight, Cameo Rose dan Purple Sunset. Seragam warna yang menarik perhatian. Terbukti, TUMI mengekspresikan evolusi label yang menafsirkan warisan dengan cara moden. 

See also
Met Gala 2021 Bakal Menyatukan Timothée Chalamet, Billie Eilish, Naomi Osaka & Amanda Gorman

Temubual bersama Mun Ka Young

TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita

Bagaimana untuk kekal bergaya semasa melancong?

Gaya kembara saya klasik, chic dan selesa. Saya biasanya memakai blazer atau blaus dan seluar jeans. Beg bahu Asra saya dalam warna hitam atau Moonlight sesuai dipadankan dengan penampilan jenis ini. 

Bolehkah anda kongsi beberapa item kesukaan dari koleksi Asra dan mengapa ia dekat dengan keperibadian anda?

Item kesukaan saya dari koleksi Asra ialah beg bahu berwarna Moonlight. Ia sangat lembut dan feminin, dan ia sangat sesuai dengan gaya peribadi saya. Beg bahu bersifat versatil sehingga saya boleh membawanya semasa pergi melancong dan ia juga tampak chic jika dibawa dari siang ke malam. Jika saya tidak mahu membawa banyak barang, contohnya pada waktu siang apabila saya mahu rasa bebas, saya syorkan bawa beg silang kecil Asra. Warna Cameo Rose dan Purple Sunset yang akan menambah warna pop pada penampilan anda. Untuk percutian hujung minggu yang singkat pula, saya cadangkan bawa beg hobo besar Asra. Ia beg yang lebih besar yang boleh memuatkan ekstra pakaian dan barang keperluan. Saya suka memakainya dengan cara silang untuk perjalanan bebas tangan yang mudah. 

See also
Artisan Kulit Paris di New York

Destinasi yang anda ingin lawati?

Destinasi pelancongan impian saya ialah Morocco. Sama seperti Singapura, ia menggabungkan keindahan semula jadi dan seni bina yang menakjubkan dengan warisan budaya yang kaya dan later seni dan budaya yang vibran. Saya bayangkan makanannya juga menakjubkan! 

Artikel berkaitan: Penampilan Terbaik Zendaya Sepanjang Tayangan Perdana ‘Challengers’