Platform E-Dagang Gubahan Bunga Dan Gifting 50GRAM
Bunga-bungaan kembang mekar bagai menyemarakkan seribu satu sinergi positif buat yang melihat, menyentuh apatah lagi mencium aroma semerbaknya. Berpegang pada mantra, “Meraikan Kehidupan & Membina Hubungan,” 50GRAM memacu perniagaan flora dan pemberian hadiah merentasi pelusuk Asia Tenggara dalam gelanggang e-dagang. Gubahan flora menarik dan unik daripada 50GRAM boleh ditempah secara dalam talian dan dihantar terus ke si penerima sebagai tanda ingatan buat tersayang. Jenama ini diasaskan pada Disember 2015 oleh tiga lelaki bervisi tinggi yakni Justin Chang bersama Brothers Spring, 30, dan Titus Wong, 28.
Tidak tertumpu semata pada gubahan bunga, 50GRAM meluaskan penerokaan industri e-dagang menerusi pemberian hadiah (gifting). Pelanggan boleh menempah kad jemputan digital (e-cards) untuk apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis korporat, parti ulang tahun, pesta dan acara intim. Bagi urusan korporat, bingkisan Lamy Series; gubahan bunga berserta pen diukir nama personal dilihat cukup ideal. Kini, tuan rumah atau host boleh menyemak senarai tetamu yang hadir menerusi sistem digital RSVP yang diperkenalkan dengan mudah dan efisien. Bagi urusan korporat, bingkisan Lamy Series, gubahan bunga berserta pen diukir nama personal dilihat cukup ideal. Mereka mahu membawakan pengalaman revolusioner belian dalam talian ke tahap tertinggi untuk perniagaan gubahan bunga dan pemberian hadiah kepada pelanggan era millennial.
Tidak lama lagi, pelanggan boleh memuat naik aplikasi mudah alih pertama seumpamanya yang sedang giat dibina oleh jenama ini untuk menempah gubahan bunga atau hadiah menarik tanpa perlu bersusah-payah. Layari laman web rasmi 50GRAM untuk melihat katalog dan servis lain yang disediakan.