Trend Kombinasi Palet Tahun 2025 - Glam Malaysia

Trend Kombinasi Palet Tahun 2025

Tahun 2024 tidak lama lagi melabuhkan tirainya, tahun 2025 adalah pentas baru untuk meraikan evolusi gaya dalam kombinasi warna segar. 

Mengupas trend kombinasi warna terkini adalah cerminan energi yang lebih diverse. Spektrum yang lebih kaya dengan harmoni, keberanian, ekspresi diri dan meraikan keunikan setiap individu. Dari rona semula jadi yang membumi hingga palet terang futuristik yang penuh daya. Sorotan kombinasi warna 2025 merangkumi palet yang berasaskan seperti new burgundy, plum, hijau zaitun, kelabu, dan biru laut mampu mencipta look yang lebih chic but playful. Manakala, palet ungu dari lilac ke ungu tua telah membawa comeback pada tahun depan. Mix and match? Suntikkan warna-warna berani seperti powder pink, kuning terang akan menggambarkan semangat dan mampu menambah perisa ke dalam wardrobe para fashionista. Mocha Mousse juga menjadi warna hangat buat tahun 2025 nanti!

Tonal Revolusi 2025

#1 New Burgundy & Plum

Di tengah lautan pakaian monokrom yang telah membanjiri wardrobe para peminat fashion, terdapat warna elegan yang akan menjadi tredny dan tidak membosankan. Not too burgundy and not too purple. Kini warna plum muncul sebagai rona segar yang digunakan oleh penggemar fesyen dalam setiap pakaian terbaik mereka musim luruh ini. Warna ini memberikan kemasan elegan yang serupa dengan burgundy, coklat, dan khaki, dengan kesesuaian gayaan yang sama. Untuk musim Fesyen Fall/Winter 2025 adalah gabungan keselesaan dan keanggunan menjadikan warna New Burgundy sememangnya warna jenis ungu atau lebih jelas lagi seperti Aubergine yang boleh dipadankan bersama top biru muda atau tas tangan ungu.

See also
Valentino Garavani Mekar Dengan Adi Aksesori

#2 Lilac, Butter Yellow & Sea Foam Green

Purple is having a comeback! Kelihatan banyak tona ungu muda atau tona ungu tua buat ramalan warna tahun 2025. Warna-warna ini biasanya akan serasi digabungkan dengan butter yellowsea foam green dan teal yang intens. Gabungan ini mencipta satu penampilan yang segar dan penuh gaya, memberi kesan yang elegan dan vibrant, sesuai untuk mereka yang ingin tampil memancarkan aura berani dengan menggunakan warna color blocking yang lebih subtle.

#3 Powder Pink & Kelabu

Semestinya ada ruang untuk merah jambu! Powder pink juga adalah salah satu IT Color buat tahun 2025, yay or nay? Pilih celana atau skirt yang bewarna kelabu, pastel untuk look yang lebih kemas dan padankan bersama tas bulu tangan hijau gelap. Diketahui yang faux fur telah lama menjadi sebahagian daripada fesyen musim luruh, tetapi kini berada di era kebangkitan semula.

#4 Peach & Grey-ish Green

Bilakah kali terakhir kita lihat warna peach dalam almari pakaian? Mungkin sudah lama berlalu.. Namun, kini rata-rata penggemar fesyen mula obses dengan pastel peach yang dijangka menjadi warna yang terpilih buat tahun depan. Warna ini memberikan kesan lembut dan elegan yang mampu menyegarkan penampilan. Begitu juga dengan rona hijau kelabu yang kini menjadi salah satu warna hangat yang akan mendominasi kitaran roda warna pada tahun 2025, memberikan sentuhan yang lebih segar kepada wajah seri anda dan juga outfit seharian.

#5 Mocha Mousse atau Cocoa Brown?

Sebagai kesimpulan, warna-warna seperti Mocha Mousse dan rona tonal hangat lainnya bukan hanya sekadar tren, tetapi cerminan evolusi gaya yang mengutamakan kenyamanan yang sederhana. Tahun 2025 menjanjikan lebih banyak lagi eksplorasi dalam palet yang memikat. Sama ada memilih untuk menyelami kehangatan warna coklat tonal atau bereksperimen dengan rona-rona bumi yang menenangkan. Warna coklat gelap ini serasi digabungkan dengan rona pastel atau biru cair buat look yang elegan tapi santai,

See also
Biru Klasik - Ramalan Trend Warna 2020

Rona yang hampir seperti pencuci mulut ini dipilih oleh Pantone, menjadikan warna untuk tahun depan sebagai Mocha Mousse, satu tona espresso berkrim  “warna coklat yang menghangatkan, dipenuhi dengan kekayaan”. Ia membangkitkan gambaran wanita jelita seperti Charli XCX, Kim Kardashian dan Hailey Bieber, yang kesemuanya telah menggayakan pakaian coklat tonal.

 

Artikel Berkaitan: Takluk Dunia Gaya dengan Clash de Cartier