Kekangan Fesyen Berevolusi? Athleisure 90an. - Glam Malaysia

Kekangan Fesyen Berevolusi? Athleisure 90an.

 

Nike dan Adidas sememangnya antara nama gergasi dalam medan persukanan. Populariti dengan pembeli serta strategi pengiklanan yang hebat mengukir tempat terulung apabila berkata tentang sukan. Jenama sukan kerdil yang lain seperti Champion, FILA dan Kappa lesap ditelan gelombang 90an yang pesat didominasi oleh label-label sedemikian. 

 

Meskipun begitu, trend athleisure, yang sukar diterima oleh golongan veteran dunia fesyen, kini menjadi stail go-to gadis-gadis fesyen alaf ini. Mungkinkah mereka gemarkan keselesaan lebih dari gaya atau label?

 

 

Tiada keraguan bahawa stail athleisure ini ringkas, mudah disarung dan boleh digayakan mengikut personaliti si pemakai itu sendiri. Hanya dengan helaian baju berlogo, tights berjalur 3 di tepi  dan kasut sukan putih, bersama tas tangan designer pilihan sudah pasti membuat statement.

 

Lihat sahaja gaya streetwear yang sering dilihat dalam foto-foto ditangkap paparazzi Hollywood. Pengaruh gadis-gadis millennial yang senantiasa bergaya seperti Kendall Jenner dan Chiara Ferragni juga melonjakkan lembali populariti stail yang ramai beranggapan sudah hilang di radar fesyen. Rumah-rumah fesyen seperti Gucci dan Louis Vuitton turut berpaling arah dan mengeluarkan koleksi yang menghembus nafas athleisure.

See also
Palet Baru Kat Von D Ibarat Magis

 

 

Kontradiksinya, ikon-ikon atasan pentas fesyen kurang gemar akan trend yang muncul kembali ini. Bagi mereka, trend ini bakal (dan sedang) mengekang cara tradisional fesyen berevolusi. Apa kata anda? Is it a trend to stay or to stray?