7 Trend Fesyen Bakal Popular Tahun 2024 Menurut GLAM

7 Trend Fesyen Bakal Popular Tahun 2024 Menurut GLAM

Mari kenali trend fesyen bakal popular dan menjadi kegemaran generasi muda hari ini. Mungkin anda yang buntu boleh menimba inspirasi daripada gaya pilihan GLAM ini! 

Mari lihat dan kenali trend fesyen yang bakal popular pada tahun 2024

2023 baru sahaja melabuhkan tirai namun yang kita tahu, perkembangan fesyen merupakan  sesuatu yang dinantikan oleh mereka di luar sana. Sebagai individu, kita mesti inginkan  sesuatu yang baru dan mengikut peredaran masa terkini. Industri fesyen juga tidak pernah berhenti daripada mengeluarkan sesuatu yang baru dan berevolusi agar fesyen itu sendiri tidak ketinggalan zaman dan membosankan. Semestinya perkembangan fesyen sering berkembang pesat dan selalu bertukar-tukar. Juga sekarang kita lihat, perkembangan fesyen banyak dipengaruhi oleh selebriti, pelakon dan pempengaruh di media sosial di luar atau dalam negara.

Dalam berfesyen, kita tidak hanya berfokuskan kepada pakaian sahaja malahan banyak  espek lain yang kita boleh tekankan contohnya dari segi penggunaan rona warna, aksesori  dan imej yang mahu kita bawakan. Aspek-aspek ini amat penting bagi menonjolkan lagi si pemakai dengan keunikan yang tersendiri. Fesyen dari segi kata lain, membantu dalam  memeberikan tanggapan yang baik kepada orang lain dengan cara kita tersendiri. Keunikan  dan kreatif diperlukan dalam berfesyen agar padanan yang dibuat dan dipilh kena dengan  waktu dan tempat serta mesej yang cuba sampaikan.

See also
Met Gala 2021: Gaya Karpet Merah Americana Terbaik!

Selain itu, aspek estetika si pemakai juga perlu diambil kira agar kita kekal ‘evergreens’ pada  masa ini. Nilai estetika ini perlu diambil berat agar kita tidak berlebihan dalam berfesyen dan  akhirnya menjadi mangsa fesyen dan seeterusnya tular di media sosial. Ekspresi dan identiti  yang ingin dibawakan oleh si pemakai juga penting supaya mencipta suasana yang kerja yang  porsitif kepada individu dan masyarakat di luar sana.

Namun Fesyen juga perlu sesuai dengan gaya hidup dan ‘taste’ si pemakai mengiut gaya  masing- masing. Ada yang suka gaya fesyen minimalis, urban, longgar, gaya jalanan, fesyen teknologi tinggi dan pelbagai lagi. Fesyen penting bagi seseorang agar kelihatan lebih  berkeyakinan dan terserlah. Tahukah anda, ia juga akan membuatkan diri anda terasa lebih relevan dan mudah didekati.

Secara kesimpulannya,fesyen memerlukan imaginasi yang tinggi bagi memberi gambbaran  yang baik terhadap diri sendiri agar penampilan si pemakai lebih teratur dan kemas. Ini kerana perwatakan seseorang itu digambarkan dengan cara individu tersebut berpakaian dan bersiap. Namun teratur dan kemas sahaja tidak mencukupi, kita perlu mengikuti perkembangan dan ‘trend’ terkini agar fesyen kita tampil dengan nafas dan wajah yang baru agar kita tampak lebih bergaya.

 

Lihat 7 trend fesyen pilihan GLAM bakal popular tahun ini!

 

See also
Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan

1. Bows

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Trend ‘bow’ datang dari media social dan banyak selebriti dan pempengaruh di dalam dan di luar negara memperagakan gaya bow ini. Trend bow ini bukan sahaja dihadkan pada hiasan rambut malah, ia juga dijadiakn sebagai eksesori seperti subang dan rantai. Hiasan baju juga menjadi platform kreativiti trend bow ini. Si pemakai akan lebih kelihatan lemah lembut dan manis dipandang

 

2.Trend Fesyen Bakal Popular : Motif Citah

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Motif bercorak haiwan kini kembali pada tahun 2024 dengan lebih menarik. Haiwan yang menjadi trend pada tahun ini adalah citah yang menunjukkan keberanian si pemakain yang berani memadankan pakian atau aksesori bercorakkan citah ini.

 

3. XXL Bag! 

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Tidak puas dengan beg kecil yang terhad pada beberapa barang sahaja? Jangan risau trend beg gergasi juga antara trend yang yang menjadi topik panas pada 2024. Membawa beg gergasi bukan sekadar membuatkan look lebih chic, malah dapat memudahkan si pengguna bagi meletakkan barang peribadi dan telefon bimbit.

 

4. Preppy

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Trend seterusnya adalah preppy trend atau dengan cara mudahnya dikatakan gaya klasik kolej yang kelihatan kemas dan rapi. Trend ini banyak memperagakan pakaian kemeja dan jaket tanpa lengan dengan  rona warna yang alami seperti coklat dan hijau. Kepada sesiapa yang mengenakan trend ini si pemakai pasti akan kelihatan lebih matang dan segak.

See also
Festival Checked List!

 

5. Electric Grandpa

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Trend ini memberikan anda gaya dan cara pemakaian mereka yang berusia tetapi masih kelihatan bergaya dan segak dipandang. Pakaian trend ini boleh di dapati di kedai-kedai bundle yang banyak mempunyai rekaan yang lebih ‘vintaj’ dan klassik. Pembaziran pada fabrik juga dapat dikurangkan dan lebih ekosistem. Pemakai juga boleh berkreativiti dalam melapiskan pakaian bagi mendapat imej yang diingini.

 

6. Rona Logam

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Warna rona logam juga salah satu trend yang bakal hangat di tahun 2024. Warna logam ini ditafsirkan seperti warna pembiasan cahaya dari logam contohnya emas, perak, gangsa dan lain-lain. Warna yang dihasilkan akan menarik perhatian orang ramai dengan kilauan yang tersendiri. Pakaian dan perhiasan yang mempunyai warna logam ini akan membuatkan si pemakai lebih menonjol.

 

7. Desain bunga mawar

trend fesyen bakal popular

gambar: pinterest

Di tahun 2024 ini didatangkan juga trend yang diilhamkan dari sumber flora iaitu bunga mawar. Bunga mawar yang tidak lekang menjadi inspirasi pereka fesyen kini kembali dengan nafas dan idea baru. Ilham dan penggunaan motif mawar dalam rekaan busana membuatkan rekaan itu lebih anggun dan segar kelihatan pada si pemakai.