Top 3 Wanita Bergaya ‘LUXE’ Terbaik Minggu Ini
It’s good to see that our local girls is having fun with fashion again. GLAM menyemak penampilan wanita lokal di pelbagai majlis yang dianjurkan baru-baru ini. Dan memilih tiga wanita yang paling ‘luxe’ serta menjadi pilihan GLAM.
SCHA ALYAHYA
She just knows what to wear. Scha baru-baru ini ke Macau untuk menghadiri satu pesta yang cukup istimewa dan eksklusif, yang mana ramai selebriti dan sosialit dari pelbagai negara berkumpul di Macau. Dan Scha dan suaminya, Awal Ashaari antara yang terpilih dari Malaysia untuk sama-sama menyertai majlis makan malam tersebut. Untuk acara utama, Scha memilih sepersalinan dari Valentino. Tampil tidak konvensional, Scha menyarung kemeja putih dan tali leher hitam yang sangat elegan, dengan sentuhan akhir dari skirt berkilau yang menambah kesan mewah. Persalinan yang berpotongan menyenangkan dan mudah untuk ditata.
MARION CAUNTER
Marion Caunter juga menyertai satu majlis eksklusif sama seperti Scha Al Yahya. Marion cukup memukau dalam gaun hitam yang chic, elegan dan sangat terjangkau. Gaun rona hitam yang minimal namun ekstra pada potongan siluetnya adalah pilihan tepat untuk gaun malam. Dengan garis leher halter dan potongan elegan, dilengkapi dengan rantai besar serta anting-anting dan cincin yang mewah. Untuk gaya solekan dan rambut, Marion memilih gaya yang agak ringkas. Rambutnya diikat dan tidak perlu didandan berlebih-lebihan. Cukup gaunnya pada malam itu yang membuat statement.
AMEERA KHAN
Ameera Khan membuktikan bahawa dress putih memanglah busana ketika menghadiri acara mewah. Ameera menghadiri satu majlis di ibu kita dengan mengenakan busana putih yang mengikut tubuh, bahagian bahu terdedah yang tidak tembus pandang, dan menyarung beberapa set barang kemas mewah. Yang cukup sepadan dengan gaun putih itu. Ameera berkongsi paduan gaya beberapa set barang kemas yang berbeza rupa, namun terlihat terkoordinasi dengan penampilan serba putihnya itu. Ia melengkapi penampilannya dengan ragam pernyataan berlian mewah, anting-anting yang tergantung dan cincin. Nyata elegan dan wajat untuk dijadikan rujukan gaya untuk gaya pesta akhir tahun.
Artikel berkaitan: Semak 5 Stail Putri Marino (pelakon Gadis Kretek) Pilihan GLAM