Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Di Venice Beach Diberi Sambutan Meriah Sekali Lagi - Glam Malaysia

Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Di Venice Beach Diberi Sambutan Meriah Sekali Lagi

Gigi Hadid dan Tommy Hilfiger semasa pertunjukan fesyen di Venice Beach, CA
Foto: INSTARimages.com

Koleksi kedua hasil kolaborasi Tommy Hilfiger dan model media sosial Gigi Hadid kali diinspirasikan oleh model itu sendiri dan kerana itu juga Tommy Hilfiger mengadakan pertunjukan fesyennya di Venice Beach yang merupakan tempat kelahiran Gigi.

 

Koleksi ini turut diinspirasikan oleh gabungan elemen-elemen fesyen, Americana dan juga muzik.

 

[envira-gallery id=”61908″]

Suasana pertunjukan mereka kali ini juga seperti sama dengan pertunjukan mereka sebelum ini dengan vibe festival yang menampilkan tarikan karnival, makanan-makanan menarik, food truck dan persembahan di pentas besar oleh Fergie dan Lion Babe.

 

Tommy telah menghasilkan dunia baru untuk mereka yang hadir ke pertunjukannya agar mereka boleh menikmati dan merasai semangat Tommy Hilfiger yang sejati.

 

[envira-gallery id=”61909″]

Koleksi Tommy x Gigi kali ini banyak menggunakan warna-warna merah, putih,  dan biru. Mereka juga turut menampilkan ceraian-ceraian seperti seluar pendek denim, dress-dress bohemian, kemeja polo, hoodies, baju sulaman dan juga pakaian renang.

See also
Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar

 

[envira-gallery id=”61910″]

Pertunjukan fesyen Tommy x Gigi kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti, teman-teman dan ahli keluarga mereka.

 

[envira-gallery id=”61911″]

Apabila ditanya mengenai kemungkinan Tommy untuk berkolaborasi lagi bersama Gigi, beliau memberikan jawapan yang mudah, “Ya, sudah tentu.”