Nama Olympia Scarry tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Scarry sememangya menjadi perhatian setiap kali dia hadir ke acara-acara besar. Scarry merupakan pereka seni yang memiliki bakat luar biasa dan sentiasa mencabar dirinya untuk mencuba perkara baru. Antara bahan seni yang menjadi pilihan Scarry adalah dari industri berat seperti motor, kabel, cermin dan lampu neon. Selain daripada kreatif mereka cipta, cucu kepada pengarang dan illustrator terkenal, Ricahrd Scarry ini juga bijak dalam berfesyen. Scarry dan fesyen tidak dapat dipisahkan kerana ibunya pernah menjadi model untuk jenama Gucci pada tahun 70-an dan kakaknya, Fiona Scarry sebelum ini bekerja di Alexander McQueen, mereka bentuk pakaian unutk filem dan siri Tv Marco Polo. Scarry gemar mengenakan seluar denim dan Baju-T serta sneakers setiap kali ingin ke studio. Palet hitam dan putih menjadi pilihan Scarry sekiranya dia ke acara-acara besar.