#Throwback: Ini Tetamu Lelaki Terhangat Yang Hadir Di Men's Fashion Week FW26 - Glam Malaysia

#Throwback: Ini Tetamu Lelaki Terhangat Yang Hadir Di Men’s Fashion Week FW26

Men’s Fashion Week FW26 menampilkan pertembungan fesyen dan budaya pop apabila deretan selebriti dari pelbagai latar belakang tampil mencuri perhatian di barisan hadapan rumah fesyen utama dunia, sekali gus mengukuhkan peranan mereka sebagai wajah gaya lelaki moden musim ini.

Men’s Fashion Week Fall Winter 2026 sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai pentas global yang menyatukan fesyen, selebriti dan budaya pop dalam satu naratif yang saling bertindih. Dari Florence ke Milan dan seterusnya Paris, tumpuan bukan sahaja terarah kepada koleksi yang dipersembahkan di atas runway, malah turut beralih kepada siapa yang hadir, di mana mereka duduk dan apa yang mereka sarungkan. Kehadiran selebriti kini menjadi sebahagian daripada strategi visual dan komunikasi rumah fesyen, menjadikan barisan hadapan sama pentingnya dengan pertunjukan itu sendiri. Musim ini menyaksikan pertembungan bintang dari dunia muzik, filem, sukan dan hiburan digital, masing masing membawa persona serta gaya tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian wajah fesyen lelaki moden. Berikut adalah antara tetamu paling hangat yang mencuri perhatian sepanjang Men’s Fashion Week FW26.

See also
Pilihan GLAM: Lima Gaun Paling Diingati Tahun 2020

Ini 12 Tampilan ‘Hot Guest’ Di FW26!

1. Hyunjin Stray Kids – Dior FW26

2. Lewis Hamilton – Dior FW26

3. Win Metawin – Prada FW26

4. Gong Yoo – Louis Vuitton FW26

5. Kim Mingyu – Dior FW26

6. Henry Golding – Ralph Lauren FW26

7. Jackson Wang – Louis Vuitton FW26

8. Mark Lee NCT – Ralph Lauren FW26

9. Byeon Wooseok – Prada FW26

10. Apo Nattawin – Dior FW26

11. Fourth Nattawat – Louis Vuitton FW26

12. Hudson William – Giorgio Armani FW26

Artikel berkaitan: Dolce & Gabbana FW26 Merayakan Maskuliniti Moden

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.