“The World of Ralph Lauren”, Kehadiran Bintang Bergaya, Dari Scha Al Yahya ke Anna Jobling - Glam Malaysia
“The World of Ralph Lauren”, Kehadiran Bintang Bergaya, Dari Scha Al Yahya ke Anna Jobling

“The World of Ralph Lauren”, Kehadiran Bintang Bergaya, Dari Scha Al Yahya ke Anna Jobling

RALPH LAUREN TERUJA DENGAN PEMBUKAAN “THE WORLD OF RALPH LAUREN” DI PAVILION KL. MENAMBAH SATU LAGI DESTINASI FESYEN BERLOKASI DI IBU KOTA.

Berkeluasan 4,545 kaki persegi, butik baharu Ralph Lauren ini menampilkan seni bina unggul, Ralph’s Coffee yang pertama di Asia Tenggara dan memuatkan ruang ‘ready to wear’ untuk lelaki dan wanita-merangkumi koleksi Purple Label, Ralph Lauren Collection dan Double RL serta rekaan ‘timeless’ Polo Ralph Lauren.

Dengan tawaran yang pelbagai di butik Ralph Lauren dan Ralph’s Coffee Pavilion KL, langsung memperkukuhkan lagi dunia perniagaan melalui “The World of Ralph Lauren”.

Double RL, yang diilhamkan oleh ladang “RRL” Ralph dan Ricky Lauren di Colorado memfokuskan pada integriti, karakter dan pesona wanita yang menawarkan himpunan denim, pakaian dan aksesori vintaj serta pakaian bersifat sporty yang tahan sejuk dan lasak dengan mengilhami pakaian kerja dan ketenteraan. 

Peminta kopi terutamanya, tentu rasa teruja untuk mencuba rasa hidangan kopi dan pemanis mulut yang terdapat di kafe Ralph’s Coffee yang pertama di Asia Tenggara. Mengembangkan lagi portfolio hospitaliti terkenal pereka, termasuk New York, London, Paris, Tokyo dan banyak lagi. Ia menyajikan pilihan kopi dengan menggunakan adunan biji kopi Ralph (dalam kedua-dua Decaf & Espresso) yang menampilkan kacang organik yang ditanam secara mampan di Amerika Tengah, Ameria Selatan, Afrika dan dipanggang secara lokal di Malaysia. 

See also
Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna

Majlis pembukaan kafe Ralph’s Coffee dan butik Ralph Lauren telah dihadiri oleh sekumpulan bintang. Yang tergolong selebriti dan pempengaruh fesyen. Di sana, peminat fesyen Ralph Lauren dapat mencuba minuman kopi pilihan, sambil itu mendekati koleksi terkini Ralph Lauren. Tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Daiyan Trisha dan Alvin Chong. 

Artikel berkaitan: Nelissa Hilman dan WASIS Studio Lancar SEED(PODS)