The Row Menampilkan Model Berusia 30 Tahun Ke Atas Untuk NYFW - Glam Malaysia

The Row Menampilkan Model Berusia 30 Tahun Ke Atas Untuk NYFW

Sudah menjadi perkara lazim untuk melihat model-model muda dari linkungan umur 15 tahun sehingga 29 tahun berjalan untuk jenama-jenama fesyen semasa minggu fesyen.

 

Kirsten Owen untuk The Row RTW F/W 2017
Foto: PPS via ZUMA Wire

Satu jenama dalam kalangan nama-nama besar yang menggunakan pentas peragaan mereka sebagai landasan untuk membuat kenyataan politik di Minggu Fesyen New York, The Row pula menggunakan khidmat model-model yang veteran untuk koleksi mereka.

[envira-gallery id=”62061″]

Mereka masih juga menggunakan model-model yang muda cuma perbezaan mereka dengan pertunjukan fesyen yang lain adalah kemunculan model-model yang sudah lama berada dalam industri ini semenjak era 90-an lagi.

[envira-gallery id=”62060″]

Tujuh orang model veteran ini terdiri daripada model ikon Kirsten Owen (46), terkenal dengan rupa dan gayanya Alek Wek (39), model anggun British Erin O’Connor (39), Angela Lindvall (38), Liisa Winkler (36), model bergaya rock Jamie Bochert (34) , dan wanita Perancis Aymeline Valade (32).

See also
GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016

 

The Row yang sememangnya satu jenama yang mementingkan wanita yang moden dan berkuasa melalui rekaan mereka, berjaya menyampaikan mesej mereka itu melalui kasting model mereka kali ini.