The New Raya
Antara siluet moden dan sentuhan klasik serta bagaimana pereka merencana halwa terkini mereka?
Bila bercakap tentang hari raya, pertama sekali yang terlintas pastinya berkenaan baju raya. Bermacam soalan yang terlintas tatkala berfikir tentang baju raya antaranya warna, potongan dan apakah perincian yang paling baru untuk digayakan nanti. Namun, memperlihatkan pereka kini yang semakin rancak memperkenalkan koleksi baju raya mereka sejak April lalu menerusi pementasan kolaborasi syarikat online mahupun himpunan sendiri secara tidak langsung membuktikan permintaannya yang semakin tinggi. Lalu, tercetusnya pelbagai jenis elemen baru yang diterapkan melalui potongan klasik juga bernafaskan moden.
GLAM senaraikan beberapa koleksi dari pereka fesyen yang memperlihatkan koleksi moden dan juga klasik dalam busana raya tahun ini.
Bernard Chandran
Gabungan fabrik dan palet warna menarik juga reka bentuk dan potongan baju menampakkan gaya elegan dan glamor. Inovasi siluet mudah diperbaharui lagi dengan hiasan manik-manik yang menarik perhatian dan unik dengan potongan kain yang sophisticated serta juraian kain yang disebarkan secra semula jadi di hujung kain.
Gabungan rekaan kontemporari dan tradisional dianggap sebagai pati Bernard Chandran dan ditambah dengan prinsip ‘pushing boundaries’ , Bernard Chandran berjaya membawakan sisi kontemporari di koleksi diRajanya, one of a luxury of mind blowing modern sophistication collection.
[soliloquy id="49049"]
[soliloquy slug="bernard-chandran"]
S.Baharim
Tema ‘soft bohemian ruffles’ dan ‘frills’ dalam rona natural menjadi pilihan Syaiful Baharim untuk koleksi raya tahun ini. Tahun ini, Syaiful Baharim mencuba sesuatu yang lain dari menggunakan fabric bercorak sebaliknya mengetengahkan palet-palet rona yang lebih asas, yang pastinya membuat si pemakai tampak riang di musim perayaan ini. S. Baharim menonjolkan konsep minimalis tetapi masih versatile.
Mengambil inspirasi dari wanita berjiwa tegar tetapi anggun, sederhana tetapi chic, wanita yang mengimbangi kerjaya, kehidupan harian dan keluarga. Wanita yang berusaha untuk kesemuanya. Wanita Melayu moden masa kini. Sentuhan corak yang minimalis dalam rona-rona warna yang lembut dipilih kerana ia bersesuaian dengan warna kulit wanita Asia.
[soliloquy id="49060"]
[soliloquy slug="s-baharim"]
Tengku Syahmi
Koleksi Tsyahmi kali ini memfokuskan pada penggunaan palet warna klasik. Menggabungkan gaya moden di dalam pakaian tradisional ‘Melayu Klasik’ bagi wanita dan lelaki.
Penggunaan elemen warna seperti emas, Hitam kemasan suede, Kelabu, Coklat, Maroon, Hijau dan warna-warna pastel seperti sea foam, biru terang dan merah jambu.
Koleksi Tsyahmi kali ini menggunakan material seperti kancing, sulaman, Kapas Cupro-suede finishing cotton digabungkan dengan satin yang mengandungi elemen palet warna emas.
The key item untuk koleksi raya hari ini adalah The ‘peek-a-boo’, dimana benang emas disulam dengan corak Kelantan seperti ‘Alam’ dan ‘Bunga Emas’. Koleksi ini juga mementingkan elemen warna emas dalam penggunaan manic, sulaman benang emas ‘peek-a-boo’, lengan ‘tulip’ fan-pleats and inverted-pleats.
[soliloquy id="49071"]
[soliloquy slug="t-syahmi"]
Rizalman Ruzaini
Koleksi tahun ini diilhamkan dari warna pelangi dan bagaimana ia digabungkan ke dalam spektrum koleksi busana raya dari Rizalman Ruzaini ini.
Penggunaan warna merah jambu ke fuschia hingga ke pudar warna kuning lemon menampilkan peralihan warna yang mempunyai jalan yang tersendiri.
Ombre menjadi pilihan pereka fesyen tempatan ini untuk memainkan peranan penting dalam koleksi Raya tahun ini.
[soliloquy id="49080"]
[soliloquy slug="rizalman-ruzaini"]
Mimpi Kita
Terkenal dengan menggabungkan bahan berkualiti tinggi dan teknik yang unggul dengan reka bentuk yang moden. Rekaan ready-to-wear koleksi dari Mimpi Kita kali ini menggabungkan gaya tradisional, perinciaan yang indah dan fabrik dihias indah dengan corak moden.
[soliloquy id="49089"]
[soliloquy slug="mimpi-kita"]